Malaysia

Gara-gara main Pokémon Go sehingga 14km lelaki disaman RM5,000

Langgar perintah lockdown mengakibatkan seorang lelaki didenda RM5,000 gara-gara bermain ‘Pokemon Go’. (Gambar AFP)

Seorang lelaki di Australia disaman oleh pihak berkuasa kerana melanggar perintah “lockdown” dengan melakukan perjalanan ke luar kawasan untuk bermain “Pokémon Go”.

Lelaki itu sebelum ini disoal siasat oleh pihak polis yang musykil mengapa dia boleh berada 14km dari kawasan rumahnya di Sunshine.

Dia kemudiannya mengaku dia melanggar perintah lockdown untuk bermain game telefon pintar dan didenda sebanyak RM5,000.

Untuk rekod, lelaki tersebut bukanlah orang pertama yang disaman oleh pihak berkuasa kerana bermain Pokémon Go.

Sebelum ini, 2 lelaki masing-masing didenda kerana berkeliaran di sekitar Melbourne untuk bermain permainan yang sama.

Polis Victoria dan pihak berkuasa kerajaan negeri merasa kecewa dengan sikap orang ramai yang masih melanggar perintah lockdown yang ditetapkan bagi membendung jangkitan Covid-19.

Di bahagian pemeriksaan kenderaan pula, polis Melbourne mengeluarkan 26 saman kepada mereka yang melanggar arahan Ketua Kesihatan, sementara 18 saman dikeluarkan kepada mereka yang tidak memakai pelitup muka.

Melbourne memasuki perintah lockdown Tahap 4, orang ramai tidak dibenarkan keluar lebih dari 5km dari kawasan rumah mereka.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Football news:

Vidal said goodbye to Barca: Proud to have worn this shirt and played alongside the greats
Sporting renamed the Academy in honor of Ronaldo
Suarez will receive 9 million euros a year at Atletico
Liverpool will not buy anyone else in this transfer window
Semedu will move to Wolverhampton for 35 million euros. Contract - until the summer of 2025
Bosnich about Kepa's mistake: I don't think this is the end. He needs a competitor
Rakitic finished his career with the Croatian national team