Malaysia

Jawatan exco Selangor ditamatkan akibat tekanan PKR, kata Haniza

Haniza Talha berkata, beliau menerima dengan tenang jawatan exco Selangornya ditamatkan dan berharap perancangan dan kerjanya selama ini dapat diteruskan penggantinya.

PETALING JAYA: Haniza Talha yang ditamatkan perkhidmatannya sebagai exco Selangor semalam tidak menolak kemungkinan Menteri Besar, Amirudin Shari berbuat demikian akibat tekanan daripada PKR.

Adun Lembah Jaya itu berkata, beliau sendiri turut menerima tekanan daripada parti itu untuk melepaskan jawatan exco negeri selepas dipecat PKR pada 28 Jun lalu.

“Saya terima dengan tenang. Namun, benar-benar berharap perancangan dan tumpuan kerja saya selama ini dapat diteruskan (pengganti) selepas ini,” katanya kepada FMT hari ini.

Ditanya jika tindakan menamatkan perkhidmatan sebagai exco Selangor akan menjejaskan khidmatnya sebagai Adun Lembah Jaya, katanya, beliau masih wakil rakyat dan ada usaha yang sedang dan akan dilaksanakan di kawasan DUN itu.

Katanya, beliau turut akan meneruskan khidmat kepada rakyat melalui NGO diterajui, Nation of Women (NOW) yang ditubuhkan awal bulan lalu.

Semalam, Amirudin mengumumkan perkhidmatan Haniza sebagai exco negeri ditamatkan turut dipersetujui Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Portfolio perumahan dan kehidupan bandar yang disandang Haniza kini dipangku Amirudin, dan sebarang program berkaitan ditangguhkan buat sementara waktu.

Pada 28 Jun lalu, Majlis Pimpinan Pusat PKR dalam mesyuarat bulanannya bersetuju dengan syor Lembaga Disiplin untuk melucutkan keahlian 5 ahlinya, termasuk Haniza, Adun Seberang Jaya, Afif Bahardin, Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Nur Zarina Zakaria, Ketua Wanita Sabah, Rahimah Majid dan Adun Sungai Aceh, Zulkifli Ibrahim,

PKR menggantung keahlian Haniza sejak 6 April lalu kerana menemui bekas timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan bekas naib presiden, Zuraida Kamarudin di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Februari lalu.

Football news:

Fomin about career abroad: I don't plan so: in 20 — FNL, in 22 — RPL, in 24 — Europe. I move step by step
Mendes suggested Manchester United's Fati as an alternative to Sancho. Barcelona will not sell the midfielder and will extend his contract
Sevilla goalkeeper bunu about the 11-meter shot: he Coached a penalty with Ocampos. He is hitting the same way as Jimenez
Coach Porto conceição can change Conte at the head of Inter
Hans-Dieter flick: I Think Tiago should play in the Premier League. He wants a new challenge
Coutinho can play against Barca. The contract does not specify a ban on his participation in the match
The real life thinking about to return to Zeballos. The decision is up to Zidane