Malaysia
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Keputusan SPM 2021 16 Jun ini

KPM berkata, calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah semakan di portal Lembaga Peperiksaan atau menerusi SMS. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 akan diumumkan pada 16 Jun 2022 mulai jam 10 pagi.

KPM dalam kenyataan menyebut, calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi.

Manakala bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos pada tarikh sama.

“Layari pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan mulai
pukul 10.00 pagi pada 16 Jun sehingga pukul 6.00 petang pada 24 Jun atau menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

“Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga pukul 6.00 petang pada 22 Jun 2022,” menurut kenyataan itu.