Pengumuman mengenainya diumumkan kelab Ligue 1 Perancis itu awal hari ini sekaligus mengikut jejak Park Ji Sung, Son Heung-min dan beberapa nama lagi yang pernah berkelana ke Eropah sebelum ini.

Sebelum ke Bordeaux, Hwang bermain dengan kelab Jepun, Gamba Osaka. Beliau dijadual akan terus menyertai jelajah pra musim Bordeaux di Amerika Syarikat ketika ini.

Pemain berusia 26 tahun ini dikatakan mula mencipta nama selepas diumumkan sebagai pemain terbaik Korea Selatan oleh persatuan bola sepak negaranya pada tahun lalu. - AFP