logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo
star Bookmark: Tag Tag Tag Tag Tag
Malaysia

Nur Dinie Damia kini tenat, kritikal


MURID perempuan berusia tujuh tahun yang dipercayai dijangkiti Influenza A turut mengalami masalah kegagalan buah pinggang dan kegagalan hati.

Mangsa yang kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru dilaporkan berada dalam keadaan tenat dan kritikal.

Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain dilaporkan sudah tidak sedarkan diri selain berada dalam pemantauan teliti pihak hospital.

Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya menerusi pertemuan bersama pakar dan pihak HSA yang ditugaskan merawat kanak-kanak terbabit.

Menurutnya, dakwaan mengenai kanak-kanak itu yang kini tenat akibat wabak Influenza A berkenaan adalah tidak benar sama sekali dan ia sudah dibuktikan menerusi ujian pengesahan Polymerase Chain Reaction (PCR).

“Waktu dia dibawa ke sini (HSA), kita sudah buat ujian dan memang menyatakan negatif Influenza A.

“Keadaan sekarang, adik Damia ini...alami masalah kegagalan buah pinggang dan kegagalan hati,” katanya kepada media ketika ditemui di HSA hari ini.

Sahruddin berkata, pihaknya dimaklumkan pakar perubatan juga sedang berusaha untuk menstabilkan semula keadaan kanak-kanak berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, sehingga kini hanya terdapat 10 mangsa yang sah dijangkiti influenza A berdasarkan ujian dibuat HSA.

Beliau berkata, orang ramai diminta untuk segera mendapatkan rawatan dan nasihat doktor sekiranya menunjukkan sebarang simptom jangkitan.

"Masyarakat tidak perlu berasa panik kerana keadaan yang berlaku ini hanya perkara biasa jika dilihat berdasarkan corak (pattern) tahunan yang direkodkan.

“Semua kena sedia maklum, ini adalah penyakit ‘flu’ (selsema), memang biasa daripada bulan November hingga Mac, corak penyakit selsema atau influenza ini akan meningkat tetapi apa kita tengok dahulu.

“Kebiasaanya adalah Influenza A, biasanya kita cuma rawat simptom sahaja. kalau batuk beri rawatan batuk, kalau demam beri rawatan demam, jadi saya harap jika ada sebarang simptom ini, terus dapatkan nasihat doktor,” katanya.

Berita berkaitan

Bukan hanya influenza, ada komplikasi lain

Themes
ICO