Malaysia

PBS mahu tanding 30 kerusi pada PRN Sabah

PBS akan menggunakan logo parti sendiri pada PRN Sabah. (Gambar Facebook)

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) mahu bertanding 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, kata Timbalan Presidennya, Radin Malleh.

Beliau berkata, parti itu dalam proses memuktamadkan senarai akhir calon yang terdiri daripada beberapa muka baru dan calon wanita.

Selepas 16 tahun, katanya, parti itu akan menggunakan logo PBS pada PRN kali ini.

”Selepas melakukan analisis kekuatan parti dan sokongan di semua 73 kerusi yang bakal dipertandingkan, PBS mempunyai kekuatan dan potensi di 30 kerusi.

”Kami hanya menyasarkan 30 kerusi kerana ianya munasabah, realistik dan praktikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

”Sebagai sebuah parti berbilang kaum, PBS mempunyai keupayaan memenangi mana-mana kerusi dipertandingkan, sama ada di kawasan Kadazan Dusun Murut dan Rungus, Bumiputera Islam serta kawasan Cina.”

Beliau berkata, PBS akan memberi sokongan kepada rakan parti lain di kawasan yang tidak ditandingi mereka bagi memastikan Warisan dan sekutunya dapat ditumbangkan.

Parti pembangkang di Sabah yang terdiri daripada Umno, PPBM, STAR dan PBS mempunyai 20 Adun, termasuk 3 wakil rakyat bebas, dengan seorang daripadanya Adun dilantik.

Gabungan parti pemerintah pula mempunyai 45 kerusi, termasuk 33 kerusi yang dimenangi Warisan, DAP (7), Upko (3) dan PKR (2).

DUN Sabah dibubarkan Khamis lalu yang memberi laluan kepada PRN yang perlu diadakan sebelum 29 Sept ini.

Terdapat 73 kerusi di DUN Sabah berbanding 60 kerusi sebelum ini. Tiga belas kerusi baru itu ialah Bengkoka, Bandau, Pintasan, Pantai Dalit, Darau, Tanjung Keramat, Limbahau, Tulid, Telupid, Sungai Manila, Lamag, Segama dan Kukusan.

Football news:

In the Premier League, the record for goals for the weekend (almost 5 in each match!). And this is yet to be played by Manchester City
PSG are ahead of Manchester City in the fight for Coulibaly. Parisians are ready to give about 82 million euros for him
Jose Mourinho: I Don't know when bale will recover from injury, but he is happy to be at Tottenham
Barcelona agreed with Suarez to terminate his contract (RAC1)
Leipzig have agreed to transfer Turkish League top scorer Serlot for 20+4 million euros
Cavani is still without football: he hunts hares and wild boars at night, does ballet, reloads on fishing
A macaw parrot sat on the head of a Brazilian soccer player during a training session