Kesemua mereka dikaitkan dengan kem Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga masih belum kelihatan hari ini.

Ia mengukuhkan pendapat bahawa jurang keretakan dalam PKR semakin melebar di sebalik permintaan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya pergeseran dalam PKR ditamatkan.

Antara pemimpin yang dikaitkan dengan kem Mohamed Azmin Ali, yang hadir sesi hari ini ialah dua Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Dr. Xavier Jayakumar.

Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin tidak hadir dengan alasan terlibat dengan sambutan Hari Bomba Sedunia di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan Ketua Wanita, Haniza Talha yang dikatakan terlibat dengan beberapa program lain.

Tian Chua yang menyertai kumpulan wartawan semasa rehat pagi tadi enggan mengulas ketika ditanya mengenai keretakan yang semakin ketara dalam PKR.

“Saya akan ulas kemudian,” katanya sambil tersenyum.

Sesi pemukiman itu yang bermula malam tadi telah dirasmikan oleh Dr. Mahathir dan akan berakhir tengah hari esok. - UTUSAN ONLINE