Malaysia

Penarafan Moody’s gambaran keberkesanan dasar kerajaan

Pakej Permai didorong inisiatif untuk menyokong perniagaan mikro, kecil, dan sederhana.

PETALING JAYA: Ahli ekonomi mengakui keberkesanan dasar ekonomi kerajaan selepas agensi penarafan Moody’s mengekalkan penarafan penerbit mata wang asing dan tempatan, tetapi mengingatkan kepentingan strategi jangka masa panjang.

Akhir bulan lalu, Moody’s mengesahkan semula penarafan A3 Malaysia dengan unjuran stabil, mengatakan pembentukan dasar yang “boleh dipercayai dan berkesan” akan mendorong pertumbuhan jangka masa sederhana yang kukuh.

Ahli ekonomi di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa, Juita Mohamad, berkata usaha menerusi pelbagai pakej rangsangan kerajaan membantu perniagaan terus beroperasi sambil mengurangkan kesan kewangan ke atas golongan rentan yang terjejas dengan kemerosotan ekonomi.

“Dengan menjadikan lebih banyak pendapatan boleh guna untuk golongan rentan, ia boleh membantu isi rumah yang kehilangan mata pencarian dan merangsang penggunaan barang keperluan,” katanya kepada FMT.

Juita Mohamad.

Itu juga akan memberi manfaat kepada perniagaan kerana orang ramai akan lebih sedia berbelanja, tambahnya.

Beliau berkata, pakej bantuan Permai terbaru, yang diperkenalkan ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) baru-baru ini, didorong terutamanya oleh inisiatif untuk menyokong perniagaan mikro, kecil, dan sederhana.

“Dengan lebih banyak bantuan diberikan untuk merangsang ekonomi, pasaran Malaysia menjadi lebih menarik untuk pelabur di pelbagai sektor dalam masa dekat, walaupun terdapat risiko akibat pandemik terhadap pertumbuhan ekonomi.”

Ini bersama faktor penting lain seperti pemberian vaksin dan permintaan perdagangan global, katanya, akan membawa kepada peningkatan berbanding tahun lalu.

Dalam pakej akan datang, Juita berharap kerajaan dapat menyediakan lebih banyak bantuan menyasarkan ibu tunggal, belia, dan golongan miskin, yang teruk terjejas akibat pandemik kerana situasi pekerjaan kurang stabil dan lebih banyak pekerjaan tidak formal, yang menyebabkan mereka tidak mendapat bantuan dalam beberapa kes.

Nazari Ismail.

Nazari Ismail dari Universiti Malaya berkata, keputusan Moody’s menggambarkan keyakinan yang “Malaysia akan dapat mengharungi masalah ekonomi semasa akibat pandemik” dalam satu atau dua tahun lagi.

Beliau bersetuju daya tahan jangka masa pendek ini antaranya disebabkan pelbagai inisiatif rangsangan yang dilaksanakan kerajaan sejak tahun lalu, seperti Penjana, Prihatin, dan Permai.

Katanya, Permai “berfungsi untuk menggerakkan ekonomi dan mengurangkan penderitaan rakyat, khasnya bagi kategori B40”, dan menambah kesannya serta kelonggaran sekatan pergerakan harus meningkatkan prospek jangka masa pendek ekonomi negara.

Bagaimanapun, Nazari berkata, Putrajaya perlu mempertimbangkan daya tahan jangka masa panjang ekonomi Malaysia dan mencari jalan mengurangkan tahap hutang dalam semua sektor – awam, korporat, dan isi rumah.

“Apa yang harus kita pelajari daripada pandemik ini adalah kejutan ekonomi boleh berlaku pada bila-bila masa, oleh itu kita perlu mula memikirkan cara mengurangkan tahap hutang dalam jangka panjang.”

Kerajaan mengumumkan bantuan terbaharu berjumlah RM15 bilion untuk mengharungi kesan PKP yang dilaksanakan bulan lalu, dan dana tambahan diperuntukkan untuk program subsidi upah, Geran Khas Prihatin serta langkah bantuan lain.

Football news:

Ibra will be torn between matches and the festival in Sanremo for a week. 4 musical evenings and 2 matches in 6 days
The champion of China, Jiangsu Sunding, announced the termination of its activities. Inter is owned by the same company
Ex-goalkeeper of the national team of Argentina Cavaliero killed a man
Schalke has sacked head coach Gross and the sports director. The team is last in the Bundesliga
Werner on Chelsea: The period when I didn't score was the worst of my career
Ole Gunnar Solskjaer: You're in the wrong place if you're at Manchester United and you like to lose. I may be the worst loser in the club
Ko vid-masks of the Leopard are recognized as the best in Spain. Efficiency - 94%