Malaysia

Penjaja tepi jalan gesa DBKL sambung tempoh permit sementara

Tuan Mus Erma Tuan Mat (kanan) menerima surat tawaran permit sementara waktu terhad PKPP dikeluarkan DBKL pada 2 Julai lalu.

KUALA LUMPUR: Penjaja di Setapak Indah, di sini berharap permit sementara untuk berniaga sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) dapat disambung supaya mereka boleh mencari rezeki tanpa perlu bimbang disaman pihak berkuasa tempatan.

Muhammad Yazid Nazmi Yusni, 23, memuji inisiatif itu yang dapat membantu penjaja kecil-kecilan sepertinya kerana berniaga di tepi jalan ialah satu kesalahan.

“Sebelum ini berniaga tidak ada lesen. Jika ada lesen ini, penjaja tepi jalan terbela.

“Dapat lesen ini macam dapat keistimewaan dan membantu masyarakat di sini.

Muhammad Yazid Nazmi Yusni

“Walaupun hanya untuk 3 hingga 6 bulan, tetapi ia membantu penjaja di sini mencari pendapatan ketika PKPP,” kata peniaga laksa itu kepada FMT.

Beliau antara 97 penjaja di Setapak Indah yang menerima surat tawaran permit sementara waktu terhad PKPP dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 2 Julai lalu.

Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa menggesa penjaja memohon lesen niaga DBKL serendah RM20 bagi mengelakkan mereka terus menjadi mangsa kartel yang memaksa pembayaran caj mencecah ribuan ringgit sebagai “lesen” untuk berniaga di tepi jalan.

Beliau bagaimanapun memberi amaran kepada penjaja supaya tidak menyalahgunakan atau mengambil kesempatan daripada lesen yang diberikan itu.

DBKL membekukan lesen penjaja tepi jalan sejak 1 Jan 2016 bagi membendung kegiatan penjaja jalanan yang tidak berlesen sebelum digantikan lesen penjaja terhad bermasa pada 15 April lalu.

Sementara itu, Tuan Mus Erma Tuan Mat, 38, berkata permit sementara itu dapat membantu penjaja yang tidak dapat berniaga akibat pelaksanaan sekatan pergerakan sejak Mac lalu.

“Lebih baik buat macam ini dan kalau (tempoh permit) diteruskan lebih baik.

“Permintaan ada turun dan naik. Di sini, kita berniaga sampai malam bagi mencari pendapatan,” kata penjual murtabak itu.

Football news:

Hazard will be in the starting line-up of Real Madrid for the first time in the Champions League play-offs
Milan is Interested in Torreira. Arsenal are ready to sell the midfielder
Lineker on bale: People have no idea what's really going on with one of the best players of our time
Lionel Messi: Aduriz will be missed by everyone in La Liga. He's a Bombardier
Shakespeare became an assistant coach at Aston Villa
In England, the stadium can be closed to spectators for racism. Players will be disqualified for 6-12 matches for discrimination
Hans-Dieter flick: I will Understand if Tiago wants to play in the Premier League