Malaysia

PH tak terbabit semakan buku teks sejarah, kata bekas timbalan menteri

Bekas timbalan menteri pendidikan Teo Nie Ching beritahu Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki, bahawa kerajaan lepas menyerahkan semakan buku teks sejarah kepada pakar bidang.

PETALING JAYA: Bekas timbalan menteri pendidikan Teo Nie Ching berkata Pakatan Harapan (PH) tidak terbabit dalam semakan buku teks sekolah, selepas Pemuda Umno mendakwa terdapat unsur fakta dimanipulasikan dalam buku teks sejarah Tingkatan 4.

Beliau menjelaskan semakan dijalankan oleh pakar sejarah, pensyarah universiti awam, guru-guru cemerlang sejarah, pegawai kurikulum dalam Jawatankuasa Kerja Penambahbaikan Mata Pelajaran Sejarah, serta panel rujukan.

Proses semakan tersebut bermula pada 2017, tambahnya.

“Kami serahkan kepada kumpulan profesional,” katanya kepada FMT.

Antara pakar terlibat adalah Abdullah Zakaria Ghazali dari Kolej Universiti Islam Melaka, Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia, Ishak Saat dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, Bilcher Bala dari Universiti Malaysia Sabah, Neilson Ilan Mersat dari Universiti Malaysia Sarawak, Rohani Ab Ghani dari Universiti Utara Malaysia, dan Ho Hui Ling dari Universiti Malaya.

Panel itu dipengerusikan Kamaruzaman Yusoff dari Universiti Teknologi Malaysia.

Pemuda Umno menggesa Kementerian Pendidikan menarik balik buku teks sejarah Tingkatan 4, mendakwa terdapat unsur fakta yang dimanipulasikan dengan mengagungkan komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

Ketuanya, Asyraf Wajdi Dusuku juga mendakwa terdapat unsur memfitnah dan menohmah orang Melayu sebagai barua atau orang suruhan pihak penjajah Jepun untuk menentang komunis dan Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA).

Asyraf juga mendakwa kerajaan lepas secara “secara halus dan dan tersirat” mengangkat anggota komunis dan MPAJA sebagai perwira dan pejuang kemerdekaan yang wajar diberikan pengiktirafan.

Ditanya adakah tindakan undang-undang akan diambil terhadap Asyraf berhubung dakwaan itu, Teo menjawab: “Kami akan berbincang dengan penasihat undang-undang.”

Football news:

Ko vid-masks of the Leopard are recognized as the best in Spain. Efficiency - 94%
Klopp admitted that he considered the option of Trent and Robertson in the center of the Liverpool defense
Inzaghi on 0:2 with Bologna: Lazio should react differently to a missed goal after an unforced penalty
Tuchel admitted that PSG tried to sign Bruno: they fought hard to get him
Ex-referee Andujar Oliver: Messi did not deserve a second yellow for fighting Kunde. The first one was already excessive
Spartak-2 coach Pilipchuk about Roche: I liked it. The qualification of the player is visible
Ronaldo ranked in the top 3 scorers of Juventus in Serie A in the XXI century (71 goals). He overtook Dybala