Malaysia

Polis buka 2 kertas siasatan berhubung dakwaan Wan Ji dipukul

Semalam Wan Ji membuat laporan kepada Suhakam dan polis berhubung dakwaan beliau dipukul ketika ditahan di Penjara Kajang.

PETALING JAYA: Polis membuka 2 kertas siasatan berhubung dakwaan seorang penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin bahawa beliau dipukul oleh seorang warden penjara sewaktu ditahan di Penjara Kajang sebelum ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmad berkata, siasatan dijalankan mengenai 2 aspek, iaitu laporan polis yang dibuat oleh Wan Ji dan laporan oleh Jabatan Penjara sendiri.

“Pengadu, iaitu Wan Ji, berkata beliau dipukul semasa dalam tahanan di penjara. Ia disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Pihak Jabatan Penjara turut memfailkan laporan yang mengatakan ia difitnah oleh Wan Ji. Laporan itu disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kedua-dua kes masih dalam siasatan,” katanya kepada FMT.

Semalam, Wan Ji membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan polis berhubung dakwaan dipukul ketika ditahan di Penjara Kajang.

Menurutnya, beliau memutuskan untuk membuat laporan polis selepas Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin menggesanya supaya berbuat demikian.

Wan Ji sebelum ini mendakwa beliau dipukul individu bertopeng yang memakai pakaian warden sewaktu beliau menjalani hukuman penjara.

Beliau sebelum ini dijatuhi hukuman penjara selama 9 bulan atas kesalahan di bawah Akta Hasutan berhubung satu kenyataan yang dibuatnya menerusi Facebook berkaitan Sultan Selangor 7 tahun lalu.

Bagaimanapun, hukuman itu ditingkatkan kepada setahun pada 8 Julai lalu selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan rayuan balas pihak pendakwaan.

Wan Ji dibebaskan pada 12 Julai lalu selepas mahkamah membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman yang difailkan peguam beliau.

Pada 9 April 2018, Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara 9 bulan ke atas Wan Ji kerana memuat naik perkataan menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah, termasuk membabitkan isu agama di Facebook pada 5 November 2012.

Beliau kemudiannya memfailkan rayuan terhadap sabitan tersebut dan pihak pendakwaan pula memfailkan rayuan balas terhadap hukuman itu.

Football news:

Manchester United have started negotiations with Raiola to extend Pogba's contract
Luis Suarez: Our goal is to win the three upcoming matches. We will wait for real to make a mistake
Kike Setien: Barcelona didn't play a great match. Espanyol played well in defense
Andujar Oliver on deletions: Fati went too far in the foot, and the foul on the Peak was even more dangerous, perhaps
Atalanta extended the winning streak to 11 matches, beating Sampdoria-2:0
Milner played his 536th game in the Premier League and was ranked in the top 5 of the League in games played
Barca midfielder Fati is removed in the Derby with Espanyol. He spent 5 minutes on the field