Malaysia

PRN Sabah: Proses pengundian awal bermula 8 pagi

Sebanyak 16,877 anggota polis, tentera dan pasangan mereka menunaikan tanggungjawab masing-masing di 55 pusat mengundi, hari ini.

KOTA KINABALU: Proses pengundian awal pilihan raya negeri Sabah bermula 8 pagi ini bagi membolehkan 16,877 anggota polis, tentera dan pasangan mereka menunaikan tanggungjawab masing-masing di 55 pusat mengundi di seluruh negeri.

Proses pengundian awal itu berlangsung sehingga 5 petang ini.

Pusat pengundian awal termasuk di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia Teluk Sepanggar dan Kem Lok Kawi, di sini.

Pengundi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mencegah penularan Covid-19 seperti memakai pelitup muka, saringan suhu badan, mengamalkan penjarakan fizikal dan menggunakan pensanitasi tangan.

Ejen calon dan pemerhati pilihan raya yang dilantik SPR dibenar menyaksikan proses pengundian awal itu, yang akan turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook SPR.

Tekan sini untuk berita terkini PRN Sabah

Football news:

Rashford with 4 goals led the race of scorers of the season Champions League
Holand scored the most goals (12) in the first 10 matches in the Champions League
Pirlo about 0:2 with Barca: this match will help Juventus grow
Griezmann did not make any effective actions in 6 matches under Koeman
Ole Gunnar Solskjaer: Leipzig made Manchester United work hard. Rashford had a big impact on the game
Roberto victory over Juventus: the Best response to the unrest in Barcelona - it's a game
Ronald Koeman: Barcelona played their best match of the season against Juventus. We had a lot of chances