Malaysia

Prof Muhaya mohon maaf, akui timbul salah faham video ‘buat bodoh-bodoh’

Prof akhirnya tampil membuat penjelasan mengenai videonya. (Gambar Instagram)

Selepas dikecam netizen berhubung satu klip video kontroversi ‘buat bodoh-bodoh’ yang tular sejak semalam, pakar motivasi, Prof Datuk Dr Muhaya Mohamad akhirnya tampil mengeluarkan kenyataan.

Berdasarkan satu hantaran di akaun Facebooknya, dia menjelaskan terdapat salah faham yang timbul daripada video berdurasi 56 saat itu hingga menyebabkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat terutama wanita.

Dia yang juga seorang pakar mata berkata, ia adalah petikan siaran langsung berdurasi 45 minit dari laman Facebook dan Youtube pada 6 Februari lalu apabila dia menjawab persoalan mengenai wanita yang dalam dilema untuk memilih kerjaya, cinta serta keluarga.

“Hantaran klip 56 saat itu adalah petikan siaran langsung dari laman Facebook dan YouTube Prof Muhaya berdurasi 45 minit yang diterbitkan pada 6 Februari lalu.

“Ia bertajuk ‘Antara Cinta dan Cita-Cita’ dan siaran itu sebenarnya sebagai menjawab persoalan KK Talib dan komen di Facebook berkaitan wanita dalam dilema antara mengejar kerjaya, cinta, serta keluarga. Secara teknikalnya, ini adalah video lama.

“Bagaimanapun, saya faham klip yang disunting kepada 56 saat ini menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan masyarakat terutamanya wanita hingga timbul persoalan, perbalahan dan sangkaan,” tulisnya.

Sehingga hari ini, ramai pengguna media sosial memuat naik status yang merujuk kepada video klip berkenaan kerana tersinggung dengan kenyataan ‘buat bodoh-bodoh’ untuk memikat hati lelaki.

Mereka menganggap kenyataan seperti itu amat merendahkan martabat wanita.

Beliau turut dibidas pelatih pakar bedah, Dr. Nur Amalina Che Bakri yang membuat ciapan mengenai perkara itu di laman Twitter.

Selain itu, Dr Muhaya turut memohon maaf di atas salah faham berkenaan selain berterima kasih kepada pelbagai pihak kerana sabar menunggu penjelasannya.

“Sebenarnya, bagi mereka yang mahu mendapatkan penjelasan lanjut, semua terkandung di pautan YouTube Prof Muhaya TV bertajuk Cinta & Cita-Cita.

“Saya juga seorang wanita, isteri, ibu dan nenek bekerjaya dan semestinya mendukung dan mendoakan wanita semua berjaya ke puncak tertinggi, berbahagia dunia akhirat dan mendapat redha Allah,” tulisnya lagi.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Football news:

Smertin recalls Euro 2004: he almost fought in the joints, defended against the young Cristiano and understood the excitement of the Bridge
Gareth Southgate: We shouldn't be football snobs. In matches with top teams, diversity is important
Leonid Slutsky: I am still sure that the Finnish national team is the outsider of our group. They were very lucky against Denmark
I'm not a racist! Arnautovic apologized for insulting the players of the national team of North Macedonia
Gary Lineker: Mbappe is a world-class star, he will replace Ronaldo, but not Messi. Leo does things that others are not capable of
The Spanish fan has been going to the matches of the national team since 1979. He came to the Euro with the famous drum (he could have lost it during the lockdown)
Ronaldo removed the sponsored Coca-Cola at a press conference. Cristiano is strongly against sugar - does not even advertise it