Malaysia

Saya sanggup mati daripada biar mandat rakyat dirampas, kata Shafie

Presiden Warisan Shafie Apdal berkata, beliau sanggup mati dengan mengadakan PRN daripada membiarkan mandat rakyat dirampas.

KOTA KINABALU: Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal berkata, beliau “sanggup mati” daripada menyerahkan kuasa kepada mereka yang mengkhianati mandat rakyat.

Katanya, beliau terpaksa mengambil keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas diperkenankan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, sekali gus memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN).

“Saya tahu ada kritik kita kenapa adakan pilihan raya, bimbang sangat nyawa manusia (berikutan wabak Covid-19).

“Tapi daripada kita menyerahkan kuasa kepada mereka secara itu, tidak apa bagi kita, saya sanggup mati,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pimpinan Tertinggi Warisan di Kolombong, dekat sini, hari ini.

Kenyataan berkenaan difahamkan ditujukan kepada kem Musa Aman yang dikatakan cuba mengambil alih kerajaan selepas mendakwa mempunyai cukup majoriti.

Bagaimanapun usaha itu gagal selepas Shafie mengumumkan pembubaran DUN pada 30 Ogos lalu.

Football news:

Frank de Boer led the Netherlands national team. Contract - for 2 years
PSG boss faces jail: Swiss Prosecutor asks for 28 months for bribing FIFA Secretary General
Milan defender Duarte contracted coronavirus
Real Madrid may pay around 100 million euros for Mbappe if he does not extend his contract with PSG
Flick about the UEFA super Cup: We have to play our best if we want to win the trophy. We are waiting for a difficult match
The Macedonian journalist was upset that he did not have time to talk to Mourinho. Jose returned and promised a photo for the sake of his late father
Fati's compensation increased to 400 million euros. He will play for Barca under number 22