Malaysia

Shafie: Warisan akan pertahan kerusi dimenangi

Presiden Warisan Shafie Apdal bercakap kepada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pimpinan Tertinggi Warisan di Kota Kinabalu hari ini.

KOTA KINABALU: Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal hari ini, berkata, parti itu akan mempertahankan kerusi yang dimenangi parti itu pada pilihan raya umum (PRU) lalu untuk pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Katanya, perkara itu secara prinsipnya telah dipersetujui bukan sahaja oleh Warisan, tetapi juga sekutu mereka iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Upko.

“Memang secara prinsipnya kita akan mempertahankan kerusi yang kita menangi dulu, begitu juga dengan rakan-rakan parti kita seperti Upko, PKR dan DAP.

“Contohnya di Kadamaian, ia disandang oleh Ewon Benedick, tentunya kerusi itu akan ditandingi Upko,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pimpinan Tertinggi parti itu di Kolombong, dekat sini, hari ini.

Ketika ditanya berhubung 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) baru, Shafie berkata, ia akan dibincang lanjut bersama rakan parti lain.

“Kita akan muktamadkan mengenai perkara itu sedikit masa lagi. Buat masa ini apa yang dipersetujui secara prinsip ialah kami akan pertahankan kerusi yang dimenangi dulu, begitu juga rakan-rakan parti lain.

“Apa yang penting calon yang dipilih nanti boleh menang, itu kriteria pertama,” katanya sambil menambah beliau meminta senarai calon bukan sahaja daripada Warisan, tetapi juga daripada PH dan Upko.

Ketika ditanya mengenai rintihan segelintir pihak yang menganggap PRN tidak wajar diadakan kerana wabak Covid-19, beliau berkata, ia harus diadakan untuk mengembalikan mandat kepada rakyat.

“Kita ada SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan pada PRN nanti. Kalau di Singapura, di Korea dan juga PRK di Chini dahulu serta di Slim River akan datang, kenapa pula di Sabah tidak boleh,” katanya.

PRN Sabah bakal diadakan selepas Shafie mengumumkan pembubaran DUN pada 30 Julai lepas.

Football news:

West ham offered 23+10 million pounds for defender fofan. Saint-Etienne refused
Andy Cole on £ 109m for Sancho: it's crazy money. Manchester United will not spend them at random
Juventus loaned Luca Pellegrini to Genoa
Palace, Brighton and Sheffield want to buy Brewster. Liverpool ask for 25 million pounds
Milan have offered 4 million euros for the striker Bodo-Glimt Gauge. He scored them in the Europa League
Atletico showed a photo of Suarez in three sets of uniforms
Lemar is Interesting to Leipzig