Malaysia

SOP PKP, Aidilfitri perlu lebih terperinci, kata MMA

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berkata penjelasan terperinci juga diperlukan bagi enam daerah di Selangor yang dikenakan perintah kawalan pergerakan (PKP) mulai esok.

PETALING JAYA: Penjelasan lebih terperinci mengenai prosedur operasi standard (SOP) diperlukan bagi enam daerah di Selangor yang dikenakan perintah kawalan pergerakan (PKP) mulai esok, kata Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Presidennya, Dr Subramaniam Muniandy berkata, penjelasan terperinci juga diperlukan bagi SOP Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut pada 13 Mei.

“Garis panduan yang betul perlu diberikan untuk solat Hari Raya di masjid dan surau serta ziarah keluarga, terutama bagi mereka yang tinggal di rumah atau pangsapuri yang lebih kecil di mana sukar untuk melakukan penjarakan fizikal,” katanya kepada FMT.

Aktiviti ziarah keluarga akan dibenarkan semasa Aidilfitri di semua kawasan di bawah perintah kawalan pergerakan yang berbeza kecuali di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media semalam, berkata bagi kawasan PKP, aktiviti ziarah dibenarkan hanya pada hari pertama perayaan Aidilfitri dan dihadkan kepada 15 tetamu dalam satu masa, bergantung kepada saiz rumah.

Muniandy berkata, kerajaan sepatutnya melakukan pemeriksaan komuniti bersasar untuk mengesan kes dan mengasingkannya secepat mungkin, bersama dengan arahan larangan pergerakan.

Beliau meminta kerajaan untuk mendapatkan khidmat pembantu perubatan swasta jika terdapat kekurangan sumber dan tenaga kerja bagi menjalankan pemeriksaan secara bersasar itu.

“Kerajaan perlu menggunakan sepenuhnya semua teknologi digital yang ada melalui ‘Hotspot Identification and Dynamic Engagement’ (HIDE) dan (aplikasi) MySejahtera untuk mencari, memeriksa, mengesan, mengasingkan dan khidmat sokongan sebagai respons terhadap Covid-19,” kata beliau.

MMA turut mengingatkan orang ramai bahawa usaha memerangi Covid-19 adalah tanggungjawab bersama dan semua masyarakat mesti memastikan bahawa mereka menjalankan peranan dalam mematuhi SOP dengan tegas.

Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang adalah enam daerah di Selangor yang akan dikenakan PKP mulai 6 Mei sehingga 17 Mei.

Tiga lagi daerah iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor kekal dengan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Football news:

Griezmann spoke with Hamilton and visited the Mercedes boxes at the Spanish Grand Prix
Barcelona feels that Neymar used it. He said that he wanted to return, but extended his contract with PSG (RAC1)
Aubameyang to the Arsenal fans: We wanted to give you something good. I am sorry that we could not
Atletico did not lose at the Camp Nou. Busquets' injury is the turning point of the match (and the championship race?)
Verratti injured his knee ligaments in PSG training. Participation in the Euro is still in question
Neymar's contract in one picture. Mbappe wants the same one
Manchester United would like to sign Bellingham in the summer, not Sancho. Borussia do not intend to sell Jude