Pengarah Urusan VentureTECH, Dr. Norida Abdul Rahman berkata, pelaburan dalam CMC Group dipandu oleh misi untuk membina perniagaan Malaysia yang kukuh dalam industri tambah nilai dan pertumbuhan tinggi yang mampu memastikan peningkatan sosio-ekonomi dan memberikan faedah-faedah yang berkesan.

“Sama seperti syarikat pelabur yang lain, kami mahu berkembang bersama-sama dengan CMC Group, dan akan mencapai itu dengan memanfaatkan platform pewujudan nilai kami terutamanya dalam membantu syarikat pelabur kami untuk mendapatkan pasaran dan rakan kongsi untuk pengembangan perniagaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Untuk memperkukuhkan lagi kedudukan kami di negara ini dan rantau, CMC Group akan memanfaatkan profil daya saingnya untuk merebut peluang dalam sektor pengangkutan dan komunikasi maklumat yang semakin berkembang di Asia Tenggara.

Selain itu, bagi usaha yang sama, CMC Group turut memperuntukkan lebih banyak sumber untuk pusat inovasinya agar berterusan mengeluarkan penyelesaian tambah nilai kepada pelanggannya.

Ketua Pegawai Eksekutif CMC Group, Hazwan Alif Abdul Rahman, berkata syarikat komited untuk terus membangunkan ekosistem perniagaan Malaysia menerusi pelbagai inisiatif bersama-sama dengan VentureTECH, seperti program pembangunan vendor dan pengurusan bakat. - BERNAMA