Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi ini.

“Siasatan awal mendapati, mangsa, Ang Pei Xuan, 24, terbabas sendiri sebelum disahkan maut di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat dan waris mangsa juga telah dimaklumkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan.-UTUSAN ONLINE