Malaysia

'Rumah saya memang kedai'

"SAYA memang berniaga cuma pada hari itu saya tak berniaga. Maklumlah Hari Raya pertama," kata Fatimah Jusoh, 72, berhubung kisah lelaki menyedari dia tersalah memasuki rumah orang apabila membuat bayaran untuk makanan yang dihidangkan.

Fatimah atau lebih mesra dipanggil Mok Ngoh Nas berkata, lelaki itu mungkin tidak memahami loghat Hulu Terengganu seterusnya menyangka rumahnya itu bukan kedai.

"Rumah saya memang kedai malah lebih 50 tahun sudah berniaga nasi dagang, nasi lemak dan nasi kebuli pada hari biasa.

"Cuma pada hari perayaan saya tidak berniaga dan menjamu orang ramai yang bertandang ke rumah dalam kedai berkenaan.

"Mungkin sebab suasana kedai yang membuatkan dia berhenti dan makan seterusnya ingin membuat bayaran. Saya juga terkejut apabila dia ingin membayar selepas makan," katanya ketika ditemui di rumah dan kedainya di Kampung Matang, Hulu Terengganu, hari ini.

Tambahnya, dia memang menjamu penduduk kampung pada setiap hari raya sama ada pada Aidilfitri atau Aidiladha.

"Kebetulan pada hari raya pertama Aidiladha, saya sediakan nasi dagang sebagai menu utama dan menjadi rezeki lelaki berkenaan.

"Saya tidak tahu menahu pasal berita yang tular di media sosial itu sebelum diberitahu cucu dan anak-anak.

"Kelakar juga apabila diberitahu cucu mengenai perkongsian itu namun saya tidak marah malah mengalu-alukan kedatangannya lagi ke kedai," katanya.

Menurutnya, kedainya memang sudah dikenali penduduk setempat kerana menjual pelbagai hidangan termasuk nasi dagang selain juadah istimewa iaitu nasi kebuli.

"Harga jualan juga tidak mahal seperti di bandar malah semua air panas yang biasanya dijual pada harga RM1.20 hingga RM1.80 dijual dengan RM1 secawan," katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang lelaki, Mohd Karbi Mominin, 51, memasuki rumah orang yang disangka kedai makan di Kuala Berang ketika mengayuh basikal dari Hulu Klang, Kuala Lumpur untuk pulang ke kampung di Terengganu sejauh 602 kilometer selama empat hari.

Mohd Karbi menjamah nasi dagang bersama teh tarik sebelum menyedari ia tersalah memasuki rumah orang sebaik sahaja ingin membuat bayaran.

"Saya hanya sedar ia sebenarnya bukan kedai makan sebaliknya rumah orang ketika bertanya harga makanan sebaik selesai menjamah nasi dagang bersama teh tarik," katanya.

Perkongsian Mohd Karbi berhubung pengalamannya itu di media sosial menarik perhatian warganet sekali gus menjadi tular dan menerima banyak maklum balas yang menyifatkannya sebagai pengalaman yang sangat melucukan.

Berita berkaitan:

  • 'Ku sangka kedai makan, rupanya rumah orang'
  • Football news:

    The semed said goodbye to Barcelona: Thank you for the opportunity to realize the dream. Eternally grateful
    Juve have leased Morata from Atletico for 10 million euros with the right to buy out for 45 million
    Barcelona and Atletico have agreed a move for Suarez (Fabrizio Romano)
    At the 1950 world Cup, Amateurs from the United States beat England. The coach of the Americans compared their players to sheep, and the author of the winning goal went missing
    Dan Henderson made his debut for Manchester United at the age of 23. He made 141 appearances on loan
    Shaka Hyslop: Many black players do not see the point in coaching courses, believing that they will not be called for an Interview
    Barcelona have offered Norwich 5 million pounds for the loan of Aarons