logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo
star Bookmark: Tag Tag Tag Tag Tag
Malaysia

11 Nov hari ‘hantu’ untuk wanita, kawal dengan baik!

Orang ramai khususnya wanita sangat menantikan kehadiran 11 November bagi mendapatkan barangan dalam talian dengan harga yang murah!

Ini kerana terdapat banyak aplikasi membeli belah dalam talian seperti Lazada, Shopee, Watson dan Fave membuat promosi besar-besaran bermula jam 12 pagi tadi.

Semua aplikasi ini ibarat “hantu” kepada golongan wanita kerana ia akan berlanjutan sehingga pada waktu pejabat dengan terus mengakses untuk membeli belah dalam talian.

Sudah pasti semua wanita akan terlupa sebentar akan “Monday Blues” yang sering kali menghantui para pekerja yang dilihat lemah untuk memulakan kembali tugasan setelah bercuti selama dua hari.

Aplikasi dalam telefon pintar ini mempunyai kepakaran dan strategi pemasaran tersendiri dalam mengaut keuntungan.

Namun dalam masa yang sama ia sangat memenuhi kehendak pelanggan yang sentiasa mencari barangan dengan harga yang mampu milik.

Ia juga selaras dengan kemampuan ekonomi yang sangat tidak menentu.

Jadi sememangnya tidak ada cara lain untuk menyekat perbelanjaan anda kerana kawalan yang sebenarnya adalah diri anda sendiri.

Jika anda beringat dengan lebih awal berapa banyak jumlah wang yang boleh digunakan untuk perbelanjaan dalam talian, anda pasti tidak akan mempunyai masalah ketika menghadapi hujung bulan nanti.

Namun anda juga perlu mempunyai 20% simpanan daripada jumlah keseluruhan gaji anda supaya anda boleh gunakannya jika berlaku sebarang kecemasan.

Tetapi jika baki gaji anda hanya cukup makan sahaja, dinasihatkan supaya anda melarang “nafsu” untuk melihat aplikasi tersebut supaya tidak “jatuh cinta” pada sesuatu barangan yang anda sangat inginkan.

Kawallah perbelanjaan dengan baik di hari yang penuh “dugaan” ini!

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Themes
ICO