KUALA LUMPUR, 25 Mei -- Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin mengadakan sidang media selepas pra pelancaran 'Soroptimist International Convention Kuala Lumpur' di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.Persidangan itu bakal diadakan selama tiga hari bermula 19 Julai ini di KLCC. --fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, jumlah tersebut termasuk 6,000 baju kalis api yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), baru-baru ini.

“Ujian terhadap dua helai baju tersebut yang dipilih secara rawak telah dijalankan di sebuah makmal di Manchester, United Kingdom pada 15 Mei lalu bagi menentukan pematuhan spesifikasi teknikal dalam kontrak perjanjian.

“Hasil ujian tersebut mendapati baju kalis api itu menepati spesifikasi yang ditetapkan sekali gus selamat digunakan anggota bomba,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Keselamatan Kebakaran dan Ops Selamat Sempena Aidilfitri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), di sini hari ini.

Turut hadir Ketu Pengarah JBPM, Datuk Muhammad Hamdan Wahid.

Akhbar sebelum ini me­la­porkan SPRM merampas 6,000 pasang baju kalis api bernilai RM13.5 juta selepas kontraktor dilantik jabatan tersebut membekalkan pakaian yang be­risiko kepada anggota bomba biar­pun bernilai RM2,400 hingga RM2,500 sepasang.

Mengulas lanjut Zuraida berkata, 6,000 baju kalis api itu merupakan keluaran pada 2016 dan tambahan 9,000 lagi menerusi tender baharu yang diumumkan Januari lalu.

Sementara itu dalam perkembangan lain, laporan terperinci mengenai 97 jentera pemadam kebakaran bomba yang dilaporkan tersadai akibat kerosakan, akan dikeluarkan minggu depan.

Zuraida berkata, laporan tersebut akan dibentangkan jawatankuasa dalaman yang menyiasat perkara tersebut.

Dalam pada itu mengenai rungutan pembeli awal rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang mendakwa harga dibeli lebih tinggi daripada yang ditawarkan sekarang, Zuraida berkata, mereka yang terbabit boleh menulis surat kepada KPKT untuk rayuan.

“Semua pembeli rumah PR1MA yang awal kita minta mereka tulis surat kepada KPKT untuk diteliti dan disemak semula selepas susulan Kempen Pemilikan Kediaman (HOC) berakhir.

“Selepas itu, kita akan hubungi mereka untuk berbincang dan cari jalan penyelesaian, setakat ini kira-kira 100 pembeli sudah menghantar surat kepada KPKT,” katanya. - UTUSAN ONLINE