logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo
star Bookmark: Tag Tag Tag Tag Tag
Malaysia

7 ditahan selepas kekecohan pemilihan PKR di Selangor

KUALA LUMPUR: Polis menahan 7 lelaki selepas disyaki menimbulkan kekecohan dalam proses pemilihan PKR di Petaling Jaya, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata, semua individu berumur 18 hingga 55 tahun itu dibebaskan dengan ikat jamin, selepas polis mengambil keterangan mereka.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan kerana menipu dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan sebat serta denda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan pemilihan PKR di beberapa cawangan Selangor kecoh berikutan dakwaan kehadiran “pengundi hantu”, selain pertembungan penyokong calon sehingga menimbulkan ketegangan.

Tujuh daripada 22 cawangan PKR Selangor mengadakan fasa ke-2 pemilihan di negeri itu.

Seramai 83,934 ahli layak mengundi membabitkan cawangan Puchong dengan 17,748 pengundi, Gombak (9,921), Petaling Jaya Utara (6,136), Petaling Jaya Selatan (7,906), Kuala Langat (14,121), Klang (12,998) dan Selayang (15,104).

Themes
ICO