Ketuanya, Dr. Akmal Saleh berkata, cadangan itu sudah dikemukakan beliau kepada kedua-dua pemimpin tersebut beberapa hari lalu.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, sehingga kini, hanya Idris yang sudah memberi jawapan dan bersetuju untuk bermuzakarah atau berdebat dengan Adly.

“Saya mencadangkan supaya diwujudkan sesi perbahasan terbuka antara Adly dan Idris mengenai polisi serta agenda yang sudah dan akan dibawa oleh kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan (PH) supaya rakyat Melaka dapat menilai sendiri pimpinan mana yang lebih menguntungkan rakyat.

“Saya percaya sesi debat ini akan dipenuhi dengan ilmu dan maklumat, seterusnya memberi kebaikan kepada rakyat Melaka khususnya untuk mereka menilai kepemimpinan kedua-dua tokoh ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE