Malaysia

Ahli politik Indonesia dikritik atas arahan berpurdah demi cegah Covid-19

Penjawat awam wanita memakai purdah ketika menyertai senaman mingguan pada 3 Julai lalu. (Gambar Human Rights Watch)

LABUHAN LOMBOK: Seorang ahli politik Indonesia dikritik kerana mengarahkan penjawat awam wanita memakai purdah, seminggu sekali yang dipertahankannya sebagai usaha mencegah jangkitan Covid-19.

Tetapi, pengkritik berkata, penutup longgar yang dikenali sebagai niqab itu tidak memberi perlindungan secukupnya dan ia satu lagi cubaan melaksanakan kod pakaian konservatif ke atas wanita di negara itu yang mempunyai paling ramai umat Islam di dunia.

Mohammad Suhaili Fadhil Thohir, ketua daerah Lombok Tengah yang bersebelahan Pulau Bali, berkata beliau mengeluarkan arahan itu selepas kakitangan kerajaan mengadu tidak selesa memakai topeng ketika bersenam di luar pejabat setiap Jumaat.

Bagaimanapun, beliau menafikan pemakaian purdah itu, yang tidak dipakai kebanyakan wanita di Indonesia, tetapi satu kebiasaan di sesetengah negara Teluk, ada kaitan dengan ajaran agama.

“Ia semata-mata untuk pencegahan Covid-19. Ini bukan berdasarkan ajaran radikal atau fanatisisme,” kata Thohir sambil menambah tiada tindakan akan dikenakan kerana mengabaikan arahannya.

“Untuk penjawat awam menutup hidung dan mulut mereka ketika senaman minggu, kami minta mereka pakai purdah.”

Dasar itu diumumkan bulan lalu. Penjawat awam lelaki perlu memakai topeng ketika senaman berkumpulan.

Wartawan AFP berkata, walaupun peraturan itu hanya wajib untuk Jumaat, ramai kakitangan wanita turut berpurdah di dalam pejabat kerajaan tempatan pada hari lain.

Kira-kira 90% daripada hampir 4,000 wanita yang bekerja untuk kerajaan Lombok Tengah ialah umat Islam.

Penjawat awam yang bernama Yayuh menjangkakan dasar itu akan menjadi wajib sepanjang waktu bekerja bagi Lombok Tengah.

“Tetapi, saya tidak kisah selagi ia adalah cara untuk belajar berpakaian sesuai yang diajar dalam Islam.”

Kumpulan hak asasi terkejut

Arahan itu bagaimanapun mengejutkan kumpulan hak asasi.

“Topeng perlu untuk memenuhi piawaian tertentu mencegah jangkitan,” kata Andy Yentriyani, pesuruhjaya di Suruhanjaya Nasional Keganasan Terhadap Wanita.

“Dasar itu perlu dikaji semula kerana ia mengancam hak kesihatan wanita.”

Lombok Tengah tidak begitu teruk terjejas akibat virus itu kerana hanya 117 kes positif dan 4 kematian dicatatkan setakat ini berbanding statistik seluruh negara itu yang mencecah 70,000 kes positif Covid-19.

Minggu ini, polis di wilayah Acheh yang konservatif — di mana pemakaian purdah di luar rumah adalah wajib — memberi amaran kepada sekumpulan penunggang basikal wanita kerana berseluar gelap dan berbaju lengan panjang merah jambu yang ketat, yang dianggap pihak berkuasa sebagai tidak berpakaian sesuai.

Penyelidik Human Rights Watch, Andreas Harsono berkata arahan berpurdah itu “ternyata ialah lanjutan” daripada peraturan wajib bertudung bagi pelajar Islam di hampir 300,000 sekolah kerajaan di seluruh Indonesia.

“Setiap orang perlu memakai topeng untuk melindungi diri daripada koronavirus, termasuk penjawat awam, tetapi purdah bukannya topeng.”

Football news:

Thomas Tuchel: If both legs were intact, you could have seen my 40-meter sprint
PSG saved Tuchel's pet: Choupo-moting got everyone for free, managed not to score from a centimetre, and now pulled Paris to the semi-finals of the Champions League
Gian Piero Gasperini: The worst part is that we were so close. I can only thank the guys
Neymar was the player of the match Atalanta-PSG. He gave an assist
ПС PSG suffered through the entire quarter-final and turned it over in 149 seconds. Lifted the Italian curse and went so far in the Champions League for the first time in 25 years
ПС PSG's pain was transformed into happiness: in three minutes, the suffering stars turned into celebrating kings
The club from Italy won't win the Champions League for the 10th year in a row. This is an anti-record