logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo
star Bookmark: Tag Tag Tag Tag Tag
Malaysia

Ahmad Shahriman dilantik CEO baru CIMB Islamic Bank

Ahmad Shahriman Mohd Shariff akan mengetuai CIMB Islamic Bank dan Perbankan Islam Kumpulan berkuat kuasa 1 Okt depan.

KUALA LUMPUR: CIMB Group melantik Ahmad Shahriman Mohd Shariff sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) CIMB Islamic Bank Bhd dan Perbankan Islam Kumpulan, berkuat kuasa 1 Okt, 2019.

Beliau menggantikan Rafe Haneef, yang akan dilantik sebagai CEO Perbankan Transaksi Kumpulan, yang juga berkuat kuasa pada 1 Okt, kata kumpulan itu dalam kenyataan hari ini.

Bersempena pelantikan baru tersebut, kumpulan itu juga melantik Victor Lee Meng Teck, ketika ini CEO Kumpulan Perbankan Komersial, sebagai ketua negara CIMB Singapura dan CEO bank CIMB Singapura.

Lee menggantikan Mak Lye Mun yang bersara pada 31 Dis, 2019.

Mak Lye Mun akan kekal dalam kumpulan itu sebagai penasihat kepada CEO Kumpulan, berkuat kuasa 1 Jan, 2020.

CEO Kumpulan Tengku Zafrul Aziz berkata, pelantikan baru dalam barisan pengurusan atasan adalah sebahagian daripada strategi jangka panjang CIMB bagi memastikan francaisnya terus kekal kukuh dalam landskap operasi yang sedang berkembang pesat dan mencabar di Asean.

Beliau berkata, perubahan baru akan membantu memacu CIMB memenuhi keutamaan strategiknya untuk berkembang maju seperti yang digariskan dalam pelan pertumbuhan semasanya, Forward23 untuk tempoh 2019 hingga 2023.

“Saya yakin perubahan dalam pengurusan atasan kami, menggabungkan bakat sedia ada dan yang baru, akan memperkuat barisan kepimpinan melalui mobiliti dan pendedahan kepada pelbagai bidang perniagaan.

“Ini akan membolehkan Kumpulan CIMB kekal berdaya saing sebagai multinasional terkemuka di Asean,” tambahnya.

All rights and copyright belongs to author:
Themes
ICO