Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Sosial,

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan

Masyarakat negeri, Wong May Ing berkata, program itu dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Pusat Aspirasi Anak Perak (Pasak) dan Dewan Belia Perak.

Menurutnya, inisiatif itu adalah hasil cadangan

ahli Dewan Belia Perak pada Sidang Dewan Belia

tahun lalu dan jawatankuasa kerja akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi melaksanakan projek itu.

Beliau berkata, projek itu dapat membantu

mengurangkan bebanan kos sara hidup golongan isi rumah 3M iaitu miskin, miskin tegar, mudah miskin, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU), orang tua dan anak yatim.

"Projek ini adalah inisiatif peduli rakyat untuk

membantu meningkatkan kesedaran bagi menyediakan makanan sekadar perlu sahaja.

"Ia juga boleh membantu pihak berkaitan seperti

pasar raya, hotel untuk lebih sistematik dalam

pengurusan lebihan makanan.

"Kita juga difahamkan roti yang diagihkan

adalah roti yang memiliki tempoh tiga hari

sebelum tamat tarikh luputnya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada Majlis Perasmian Pilot Projek Perak Food Bank peringkat sekolah di Sekolah Kebangsaan Manjoi di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan, seramai 200 murid dari SK Manjoi 1 dan 2 menerima sumbangan roti Massimo yang disampaikan oleh May Ing dan Pengurus Kawasan, FFM Marketing, Cheong Chee Leong.

Program berkenaan akan dilaksanakan pada setiap Khamis di sekolah-sekolah rendah di sekitar daerah Kinta Utara dan Kinta Selatan.

May Ing berkata, program penyerahan roti itu telah bermula April lalu dan hanya melibatkan enam Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) namun dihentikan sementara pada bulan Mei demi menghormati bulan Ramadan.

"SK Manjoi adalah sekolah kebangsaan pertama yang menerima sumbangan roti ini dan sekolah ketujuh selepas enam SJKC sebelum ini. - UTUSAN ONLINE