Ketua Jabatan Perbankan Penggunanya Zury Rahimee Zainal Abiden berkata Bank Muamalat meletakkan sasaran yang lebih tinggi bagi kempen selama 10 bulan itu berikutan kejayaan kempen ‘Ar-Rahnu dan Menang’ sebelum ini yang mencatatkan nilai gadaian sebanyak RM26.9 juta bagi tempoh kempen yang lebih pendek.

Beliau berkata kempen ‘Ar-Rahnu dan Menang’ itu yang diadakan bermula 1 Ogos, 2018 sehingga 31 Mac 2019 turut menyaksikan penambahan purata akaun baharu Ar-Rahnu sebanyak 2,700 sebulan.

“Secara keseluruhan, jumlah terkini akaun Ar-Rahnu adalah sebanyak 27,000 akaun dan menerusi kempen yang baru bermula ini, kita menyasarkan pertumbuhan kepada 50,000 akaun,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah bagi kempen Ar-Rahnu dan Menang Bank Muamalat, di sini, hari ini. -BERNAMA