logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo
star Bookmark: Tag Tag Tag Tag Tag
Malaysia

Bola sepak bawah 22 tahun pulang awal, ‘diaib’ Kemboja

Skuad bimbingan Ong Kim Swee tersingkir dari saingan separuh akhir Sukan SEA ke-30, semalam. (Gambar Bernama)

MANILA: Sejarah skuad bola sepak bawah 22 tahun negara diaibkan oleh Kemboja dangan keputusan jaringan 1-3, yang sekaligus menyingkirkan skuad bimbingan Ong Kim Swee itu dari saingan separuh akhir Sukan SEA ke-30; menyuramkan kem negara pada hari ke-4 temasya dwitahunan itu.

Kegagalan skuad negara itu membawa pelbagai persoalanan mengenai tahap persiapan skuad dan percaturan taktikal yang dianggap memberi kesan buruk pada kempen kali ini.

Kim Swee tetap mempertahankan formasi 3-4-3 yang diguna pakai sepanjang pusingan awal saingan, namun apa yang jelas ialah ia hanya mampu memperagakan aksi hambar dalam misi hidup mati skuad negara semasa memburu slot separuh akhir bagi merebut ibu segala pingat temasya itu.

Namun sumbangan 2 emas daripada sukan gimnastik artistik dan 1 emas daripada sukan boling padang, sedikit sebanyak mengubat persembahan hambar yang ditampilkan kontinjen Malaysia semalam.

Tambahan 3 pingat emas selain 6 perak dan 9 gangsa yang diraih kontinjen Malaysia semalam, jelas tidak mengubah kedudukan di tangga ketiga keseluruhan menerusi kutipan 21 emas, 12 perak dan 23 gangsa.

Selain 3 emas berkenaan, Malaysia turut meraih perak dalam 3 acara sukan berhalangan, selain masing-masing, 1 perak dalam acara lawan pedang (foil individu lelaki) acara renang (400m gaya bebas lelaki), dan muay thai.

Lapan pingat gangsa Malaysia hadir menerusi satu acara boling padang (triples wanita), tenpin boling (berpasangan lelaki dan wanita), menembak (1,500 PPC individu dan berpasukan wanita), angkat berat (wanita 71kg dan lelaki 73kg), serta acara renang (4x200m gaya bebas berganti-ganti lelaki).Tuan rumah, Filipina terus mengungguli carta kutipan pingat menerusi kutipan 56 emas, 41 perak dan 25 gangsa, manakala Vietnam kekal menghuni tangga kedua dengan kutipan 27 emas, 32 perak dan 36 gangsa.

Kilauan emas pertama Malaysia hadir dalam acara boling padang fours lelaki menerusi gandingan pemain veteran Fairul Izwan Abdul Muin bersama 3 pemain lain — Muhammad Idham Amin, Daeng Dhadyry Dahasry dan Zulhilmie Redzuan yang melakar kemenangan selesa 24-6 ke atas Brunei pada aksi final di CDC Lot of Friendship Gate.

Gimnas wanita kebangsaan, Tracie Ang terus menceriakan kem negara setelah mengungguli acara titian imbangan menerusi kutipan 12.867 mata, sebelum ratu gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi menyumbang emas ke-3 selepas memenangi acara senaman lantai dengan mengumpul 12.600 mata.

Lebih manis, ia merupakan emas ke-3 berturut-turut yang dilakar atlet kelahiran Selangor itu yang sebelum ini mengungguli acara individu all-round dan palang bertingkat sebelum ini.

Kontinjen Malaysia akan meneruskan pemburuan emas pada hari ke-4, hari ini dalam beberapa acara, antaranya termasuk pelayaran, tenpin boling, dan pentathlon, berbasikal dan menembak.

Themes
ICO