Sepanduk yang tertera 'Sila Letak Jawatan Pemusnah Bola Sepak Kelantan FA, 'Rombak KAFA' dan banyak lagi digantung sekitar Kota Bharu, Pasir Mas dan Kuala Krai.

Tindakan itu dipercayai dilakukan selepas mereka hilang sabar apabila usahawan batik itu gagal mengurus tadbir KAFA dengan baik sehingga terpalit dengan beberapa kontroversi.

Kontroversi itu memberikan impak negatif, sekali gus mempengaruhi prestasi pasukan menyaksikan TRW kini terperosok ke dasar Liga Perdana ketika ini.

Bukan itu sahaja, sepanduk tersebut juga merupakan penzahiran rasa kecewa penyokong terhadap kegagalan Bibi Ramja janji membawa masuk tiga syarikat multinasional untuk menaja pasukan.

Utusan Malaysia 24 April lalu malaporkan Kelab Penyokong The Red Warriors KLIA mendesak Bibi Ramjani perlu segera berundur bagi mengelak lebih banyak ‘malapetaka’ menimpa TRW.

KAFA memerlukan teraju baharu bagi memulihkan maruah pasukan selepas merakam kekalahan terburuk 2-5 kepada Negeri Sembilan, Sabtu lalu.-UTUSAN ONLINE