Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad berkata ketika kejadian kira-kira 9 malam tadi bas yang membawa 30 pekerja sebuah kilang elektronik di Batu Berendam menghala ke Lorong Pandan di sini terbabas ke dalam parit dan melanggar sebatang tiang TNB dan sebatang lagi tiang TM.

Beliau berkata pemandu bas berusia 69 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala empat wanita itu telah dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

"Keadaan jalan ketika kejadian adalah kering, bentuk jalan lurus dan keadaan cuaca ketika kejadian adalah mendung dan belum hujan. Ketika proses pengalihan bas keadaan cuaca telah hujan.

"Tiga wanita itu telah dirawat di zon hijau hanya mengalami kecederaan ringan sakit-sakit badan dan telah dibenarkan keluar, manakala seorang lagi sedang dirawat di zon kuning mengalami kecederaan di bahagian leher dan terasa sakit di pinggang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan lanjut akan terus dijalankan bagi mengetahui punca kemalangan dan kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA