Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.09 petang sebelum 12 pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu tiba di lokasi pada pukul 5.58 petang.

“Apabila tiba, didapati empat remaja iaitu dua perempuan dan dua lelaki dalam lingkungan umur 18 tahun terperangkap di lereng bukit kerana air terjun tiba-tiba deras.

“Kesemua mangsa kemudian berjaya dikeluarkan ke tempat selamat tanpa sebarang kecederaan seterusnya diserahkan kepada pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE