logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo
star Bookmark: Tag Tag Tag Tag Tag
Malaysia

‘Gol luar biasa’, kata Klopp selepas kalahkan City 3-1

Jurgen Klopp. (Gambar AP)

LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp memuji “gol luar biasa” pasukannya selepas mereka menewaskan Manchester City 3-1 semalam (awal pagi ini, waktu Malaysia) untuk meletakkan kelab itu sembilan mata di hadapan juara bertahan Liga Perdana Inggeris.

Juara Eropah mengambil langkah besar ke arah kejuaraan utama pertama dalam tempoh 30 tahun ini dengan lapan mata di tangga teratas manakala Leicester City di tempat kedua.

Selepas 12 perlawanan tanpa sebarang kekalahan dan hanya seri sekali, Liverpool telah mengumpulkan 34 mata.

Gol dari Fabinho dan Mohamed Salah, masing-masing minit ke-6 dan ke-13, memberi Liverpool harapan awal sebelum tandukan menyelam Sadio Mane pada awal babak kedua – minit ke-54, menyita pergerakan City.

Bernardo Silva menjaringkan gol lewat, minit ke-78, tetapi kekalahan ketiga dalam lapan perlawanan liga menyebabkan City turun ke tangga keempat, sembilan poin di belakang Liverpool, dan berhadapan dengan cabaran besar jika mereka mahu menuntut gelaran liga ketiga berturut-turut.

“Mereka (City) baik,” kata Klopp kepada BBC.

“Oh mereka baik dan kami terpaksa bertahan dengan semua yang kami ada tetapi kami menjaringkan gol luar biasa.

“Ia begitu sukar untuk bermain, keamatan permainan sangat jelas. Itu semua bernilai, hebat sekali.”

“Pemain saya sangat berfokus dan bertumpu (ke atas permainan),” katanya.

“Ia begitu baik. Ini satu-satunya cara kita dapat mengalahkan City. Mungkin pasukan lain boleh melakukannya dengan cara berbeza tetapi ini satu-satunya cara kita boleh mengalahkan mereka. ”

Ketua City, Pep Guardiola berkata pasukannya telah memperlihatkan mengapa mereka menjadi juara Liga Perdana Inggeris.

“Apa yang berlaku hari ini menunjukkan mengapa menjadi juara,” Guardiola memberitahu Sky Sports.

“Saya sangat berbangga dengan pasukan saya, lebih dari sebelumnya. Kita boleh berbangga dengan cara kita bermain menentang pasukan terkuat di Eropah.”

“Kami bermain seperti juara bertahan,” kata beliau.

“Kami tidak boleh menyangkal betapa baiknya Liverpool tetapi cara kami bermain, personaliti, itu bagus.”

Themes
ICO