Malaysia

Golongan T20 perlu menyumbang kepada pembangunan ekonomi Bumiputera, kata penganalisis

Penganalisis berkata, isu pemilikan ekuiti Bumiputera yang jatuh ke paras 16% harus diambil serius kerana ia boleh mengundang masalah kaum.

PETALING JAYA: Golongan T20 Bumiputera tidak perlu tersenarai dalam fokus bantuan kerajaan, sebaliknya diberi peluang untuk menyumbang kembali dalam memperkasakan sosio-ekonomi Bumiputera dari pelbagai segi, kata penganalisis.

Pengurus pembangunan perniagaan Putra Business School (PBS), Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, usaha itu perlu diterjemahkan dalam agenda pemerkasaan usahawan supaya ia tidak dilihat datang dari satu arah sahaja.

“Golongan T20 tidak perlu lagi dibantu, malah mereka seharusnya bersedia untuk menyumbang dalam apa cara sekali pun dan tidak hanya berdiam diri mengumpul semakin banyak kekayaan yang boleh,” katanya kepada FMT.

Semalam, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memaklumkan di Dewan Rakyat bahawa ekonomi Bumiputera akan diberi lonjakan berganda menerusi pembentukan budaya keusahawanan di pelbagai peringkat untuk menjadikan mereka bangsa usahawan.

Ahmed Razman Abdul Latiff

Beliau berkata, ia akan dilaksanakan melalui Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperkasa pembangunan sosio-ekonomi Bumiputera, selain pemupukan budaya keusahawanan secara bersepadu.

Dalam pada itu, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dilantik menjadi penyelaras tunggal bagi pangkalan data Bumiputera merentas kementerian, agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Razman berkata, langkah itu dianggap tepat supaya keputusan dapat dibuat dengan cepat, selain mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pemegang taruh.

Namun katanya, pengurusan kanan Teraju haruslah terdiri daripada kalangan profesional yang meletakkan agenda nasional dan Bumiputera sebagai misi utama.

Di samping itu katanya, tadbir urus organisasi yang kukuh supaya agensi ini tidak disalah guna oleh sesetengah pihak yang mahu mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri dan politik.

Mengulas mengenai isu pemilikan ekuiti Bumiputera yang semakin merosot, beliau mencadangkan supaya reformasi dasar dan sistem monetari harus dilaksanakan segera bagi menangani isu itu.

Selain itu katanya, ia dapat mengelakkan peningkatan jurang pendapatan antara kaum dan juga antara penduduk bandar dan luar bandar.

Beliau berkata, isu pemilikan ekuiti Bumiputera yang jatuh ke paras 16% harus diambil serius kerana ia boleh mengundang masalah kaum.

Ini kerana katanya, sebagai etnik majoriti di Malaysia, ketidakseimbangan kekayaan antara kaum boleh menyebabkan ketidakstabilan dari segi politik dan juga hubungan kaum.

“Ia akan menimbulkan rasa tidak puas hati dan hilangnya semangat bangsa Malaysia. Namun ada beberapa lagi statistik lain yang perlu diamati kerana angka 16% ini hanya dari segi pemilikan ekuiti.

“Statistik pemilikan Bumiputera ke atas hartanah, iaitu meliputi tanah dan bangunan juga harus dilihat, termasuk simpanan di dalam bank atau deposit tetap.

“Jika statistik untuk aset ini juga mengecewakan, maka dasar kerajaan selama ini gagal,” katanya.

Beliau berkata, apa yang berlaku ketika ini ialah yang kaya bertambah kaya dan yang miskin kekal miskin.

Oleh itu katanya, perancangan yang rapi harus dilakukan, terutamanya dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK 12) pada tahun depan.

“Seeloknya kita tidak mengguna pakai kaedah yang sama seperti sebelum ini, tetapi berani mencuba penyelesaian baru seperti menambat mata wang kita dengan komoditi.

“Ini boleh meningkatkan pendapatan dan nilai harta yang dimiliki oleh pesawah, pekebun, peladang komoditi seperti getah, beras dan minyak sawit yang rata-ratanya terdiri daripada kaum Bumiputera.

Dengan itu katanya, kaum Bumiputera akan dapat berkongsi lebih banyak kekayaan aset di negara ini sama seperti kaum lain.

Football news:

Rostov will reject the offer of Genoa for Shomurodov, as they want more than 8 million euros (SE)
Mendes earned about 20 million euros during the summer transfer window
Carragher on Arsenal: Liverpool are a few years ahead, but Arteta can take them to the Champions League
Roma is the favorite in the fight for Jovic. Real Madrid have offers from Inter and Milan
Ruben Dias has arrived in Manchester to complete his move to city
Van Dijk's transfers are the key to Liverpool's victory. They killed any attempts of Arsenal to press
Tony Adams: Leno is not a top-4 goalie. For me, Martinez was number one