Malaysia

Guru dakwa diganggu Ah Long selepas batal kad ATM

Mangsa mendakwa risalah gambarnya dengan perkataan memalukan ditampal berhampiran sekolah tempat dia mengajar mulai semalam.

KUANTAN: Seorang guru wanita mendakwa diganggu pemberi pinjaman wang tidak berlesen selepas membatalkan kad pengeluaran wang automatik (ATM) miliknya yang diserahkan pada along bagi tujuan bayaran balik pinjaman.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 39 tahun, membuat keputusan membatalkan kad itu pada Mac lalu kerana mendapati jumlah pembayaran melebihi jumlah pinjaman.

Katanya mangsa membuat pinjaman wang berjumlah RM10,000 pada Disember 2017 dan diminta menandatangani kertas perjanjian kosong.

Wazir berkata mangsa mendakwa hanya memperoleh RM8,600 daripada jumlah pinjaman kerana ditolak bayaran guaman dan pemprosesan, dengan bayaran balik bulanan RM1,200 untuk tempoh 38 bulan.

“Mangsa mendakwa mula diganggu sekitar April lalu selepas membatalkan kad ATM miliknya yang diserahkan pada along sejak Januari 2018, kerana membuat pembayaran sebanyak RM18,000.

“Mangsa mendakwa kerap dihubungi suspek di tempat kerja dan di rumah sejak Mac lalu sebelum mendapati risalah gambarnya dengan perkataan yang memalukan ditampal berhampiran sekolah tempat dia mengajar mulai semalam,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Susulan itu, mangsa membuat laporan di balai polis Jaya Gading semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Football news:

Lampard on 3-0 with Watford: a dry Win at home, three goals scored-Chelsea played very well
Pulisic on 3-0 with Watford: Chelsea needed this win. We are confident that we can get into the top 4
Rebic scored 9 goals for Milan in 11 Serie A matches
Mikel Arteta: getting Arsenal into the Champions League seemed impossible a few weeks ago
Бав Bayern won the gold double in Germany for the 13th time
Neuer provided an assist in the German Cup final with Bayer
Sarri about 4:1 with Torino: Juve had a false sense of security after a couple of goals