Malaysia

Hospital Sultan Aminah antara 3 hospital kerajaan di Johor tiada sijil perakuan bomba, kata JBPM negeri

Hospital Sultan Aminah Johor Bahru terlibat dalam 2 insiden kebakaran sejak 2016. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini antara 3 hospital kerajaan di Johor yang sehingga kini belum memiliki Sijil Perakuan Bomba (FC), kata pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Yahaya Madis.

Katanya, 7 lagi sudah memiliki sijil berkenaan.

“Ketiga-tiga hospital ini sedang dalam proses untuk mendapatkan FC dengan ada daripadanya dijangka selesai (proses mendapatkan FC) selewat-lewatnya tahun depan,” katanya pada sidang media selepas program ibadah korban JBPM Johor, di sini hari ini.

Untuk rekod, HSA terlibat dalam dua insiden kebakaran sejak 2016.

Mengulas lanjut, Yahaya berkata proses mendapatkan FC mengambil masa selain melibatkan kos kerana banyak perkara perlu diberi perhatian termasuk mempunyai Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) sendiri.

Pengarah JBPM Johor Yahaya Madis.

Selain itu katanya, tidak semua bangunan dalam kawasan hospital memerlukan FC.

“Yang perlukan FC ialah contohnya bangunan lebih daripada 5 tingkat dan memiliki sistem pencegahan kebakaran yang tetap. Bangunan setingkat tidak perlukan FC kerana terdapat banyak laluan keluar sekiranya berlaku kecemasan,” katanya.

Mengulas statistik secara keseluruhan, Yahaya berkata, terdapat 2,530 bangunan di Johor yang seharusnya memiliki FC, namun hanya 2,013 mempunyai sijil itu setakat tahun ini.

Jumlah itu merangkumi 26 daripada 81 bangunan kerajaan, serta 1,987 daripada 2,449 bangunan swasta, katanya.

Football news:

Director Of Intera: We are not negotiating a transfer for Kante. Inter Sporting Director Piero Ausilio commented on the Interest in Chelsea midfielder Ngolo Kante and the possible transfer of defender Milan Skrinjar to Tottenham
Lampard 3-3 with West Brom: Chelsea lost two points, we showed character. This is a big lesson for us
Abraham on 3-3 with West Brom: Chelsea made some mistakes that are unacceptable at this level
In 2011, Abramovich bought 50% of the rights to the player who played against Chelsea in the Champions League. But there will be no consequences
Chelsea have conceded the most away goals in the Premier League since the start of last season - 42
Koeman convinces BarSU to buy Depay. Barcelona manager Ronald Koeman still wants to see Lyon forward Memphis Depay in the team
Hasselbaink on Tiago Silva: He's still a little out of shape. Surprised to see him start