logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo
star Bookmark: Tag Tag Tag Tag Tag
Malaysia

Impi taraf dunia - Tasha Shila

SEBAGAI pelakon, Tasha Shilla, 32, mempunyai impian besar untuk kerjayanya. Apa yang pasti, mengembangkan bakat lakonan ke peringkat antarabangsa adalah antara impian dan harapannya.

“Jika diberi ruang dan peluang, saya mahu bekerjasama dengan produksi antarabangsa seperti Paramount Pictures,” kata pemilik nama sebenar Natasha Sheila Abdul Razak ini.

Pelakon jelita yang mula diperkenalkan menerusi sitkom Spanar Jaya pada 1999 ini percaya rezeki akan memihak kepadanya suatu hari nanti.

“Saya sentiasa berdoa impian ini menjadi kenyataan dan bakat yang dimiliki dapat diperlihatkan kepada dunia. Saya meletakkan harapan besar untuk menembusi pasaran antarabangsa,” katanya yang pernah meraih anugerah Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH pada 2011.

Dalam pada itu, Tasha turut meminta peminat memberikan sokongan terhadap drama tempatan.

“Berilah sokongan kerana kita sentiasa memerlukan antara satu sama lain. Sokongan anda memberikan semangat untuk kami (pelakon) persembahkan yang terbaik dalam berkarya.

“Ambillah nilai murni yang diselitkan dalam drama dan terapkan ia dalam kehidupan seharian,” katanya.

Anak jati Ampang, Selangor ini turut melahirkan penghargaan apabila drama terbaharu lakonannya, Kau Yang Pertama yang kini ditayangkan di TV3 menerima tontonan tinggi.

“Saya dimaklumkan ‘rating’ untuk drama ini tinggi kerana memenuhi kehendak penonton yang gemarkan jalan cerita romantik dan penuh mendebarkan.

“Saya mengharapkan drama ini dapat diterima semua lapisan masyarakat dan ia memberikan nilai positif kepada mereka,” katanya.

Menurut Tasha, drama arahan Hadith Omar itu menjalani penggambaran 28 episod di Kuala Lumpur dan diterajui pelakon utama, Fikry Ibrahim serta Farah Nabilah.

Tasha berkata, wataknya sebagai Ameera dikatakan menjadi sekali gus menerima pujian penonton.

Dalam drama yang diterajui Fikry Ibrahim dan Farah Nabilah itu, Tasha membawa watak bakal isteri kedua kepada Farhan (lakonan Fikry).

Imaginasi watak Ameera

Walaupun berpengalaman, Tasha masih mengikuti kelas lakonan di Theatresauce, Subang Jaya selain turut mempelajari teknik lakonan bersama guru lakonan popular, Fatimah Abu Bakar di rumahnya.

“Sebelum penggambaran bermula, saya mendalami watak Ameera dan melakukan imaginasi sendiri. Alhamdulillah, lakonan dapat dilakukan dengan sempurna malah pengarah membantu memberikan pendapatnya,” katanya.

Dia yang kini meluangkan masa bersama keluarga tidak berdepan masalah menjayakan drama itu, malah semua kru produksi termasuk Fikry dan Farah memberikan kerjasama biarpun mereka masih baharu.

“Drama ini sudah memasuki episod ke-22 dan berbaki enam episod siaran. Saya harap penonton dapat menamatkan tontonan ini untuk mengetahui kisah penghujungnya,” katanya.


TASHA bersama pelakon Kau Yang Pertama.

Bagi Tasha, keistimewaan drama ini adalah semua pelakon dan kru amat bersungguh-sungguh bagi memastikan penghasilan drama mencapai kualiti yang tinggi.

“Kau Yang Pertama ini amat dekat di hati saya, malah drama ini memiliki aura tersendiri,” katanya.

Ditanya mengenai jodoh, Tasha memberitahu soal kahwin diserahkan sepenuhnya kepada Allah untuk menentukannya.

“Andai sampai jodoh esok atau lusa, saya menerima dengan hati yang terbuka. Buat masa ini saya mahu mencapai impian untuk melebarkan bakat di peringkat antarabangsa,” katanya.

All rights and copyright belongs to author:
Themes
ICO