Malaysia

Indonesia catat hampir 2,000 kes baru Covid-19

Umat Islam beratur untuk melalui khemah nyahkuman sebelum memasuki Masjid Al Mashun di Medan, Sumatera Utara untuk menghadiri solat sunat Aidiladha pada 31 Julai lalu. (Gambar AP)

JAKARTA: Kes positif Covid-19 di Indonesia meningkat kepada 115,056 kes, tambahan 1,922 kes baru dalam tempoh 24 jam lalu.

Berdasarkan data di laman rasmi www.covid19.go.id hari ini, seramai 68,131 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19.

Sejak 12 tengah hari semalam sehingga tengah hari ini, 86 kematian direkodkan, menjadikan keseluruhan kematian di republik itu meningkat kepada 5,388 orang.

Wilayah Jawa Timur mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi, iaitu 23,412 kes, diikuti Jakarta (23,026) dan selebihnya di 32 wilayah lain.

Wilayah Jawa Timur juga mencatatkan jumlah kematian tertinggi, iaitu keseluruhan 1,781 orang, diikuti Jakarta (874), Jawa Tengah (665), Sulawesi Selatan (328) dan selebihnya di wilayah lain.

Football news:

Barcelona's Interest in Isak Increased after Koeman's appointment. Larsson has a high opinion of the player (Mundo Seportivo)
Manuel Pellegrini: When you play against Real Madrid and var, it's too much
PSV and Porto are Interested in Barcelona midfielder PUC. He doesn't want to leave the club
Puyol about Barcelona: If we want to win the championship, we need to perform very well
Schalke sacked Wagner. The team has not won the Bundesliga since January
Iacini on 3:4 with Inter: Even a draw would be an unfair result, given how many chances Fiorentina created
Ramos Pro 3:2 with Betis: the Referee tried his best and didn't do anything intentionally