Malaysia

Jepun, Singapura buka semula perjalanan rentas sempadan

Jepun dan Singapura akan membuka sempadan antara satu sama lain untuk pekerja ekspatriat di bawah skim berbeza bermula September. (Gambar AP)

SINGAPURA: Menteri Luar Jepun Toshimitsu Motegi dan rakan sejawatannya dari Singapura, Vivian Balakrishnan, pada Khamis bersetuju untuk meneruskan perjalanan rentas sempadan antara kedua-dua negara bagi tujuan perniagaan pada September, lapor Jiji Press.

Pelancong perniagaan boleh melakukan perjalanan dan bekerja dalam jarak yang terhad, dan untuk 14 hari pertama mereka diminta tinggal di tempat penginapan.

Pada September juga kedua-dua negara juga akan membuka sempadan antara satu sama lain untuk pekerja ekspatriat di bawah skim berbeza.

Kedua-dua pihak juga bertukar-tukar pendapat mengenai isu serantau, termasuk isu pertambahan aktiviti maritim China dan menegaskan mereka akan terus bekerjasama.

Jepun bimbang dengan situasi berkenaan dan akan bekerjasama dengan Singapura serta negara lain untuk memberikan respons sewajarnya, kata Motegi pada sidang media selepas pertemuan itu.

Football news:

Dest arrived in Spain to complete a transfer to Barca
Lionel Messi: I Am responsible for my mistakes. I wanted Barcelona to become stronger
Mourinho went to the dressing room in the 77th minute of the game with Chelsea to bring back Dyer, who was not replaced
Manchester City have announced the transfer of Ruben Dias from Benfica. Defender signed a 6-year contract
Zidane on Vinicius and Rodrigo's playing time: They're still boys. This is Real Madrid, these are the realities of football
Braithwaite specifically stopped the car to take a photo with a fan in a wheelchair
Mourinho and Lampard had a fight in the Tottenham - Chelsea match: When you lose 0-3, Frank, you don't stand on the sidelines