logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo
star Bookmark: Tag Tag Tag Tag Tag
Malaysia

JPS: Empangan di Pasir Mas mungkin ditutup jika tiada hujan dalam 68 hari

Kamal Mustapha (2 dari kiri) bersama pegawainya meninjau paras air di Empangan Bukit Kwong, semalam. (Gambar Bernama)

PASIR MAS: Empangan Bukit Kwong di Rantau Panjang, di sini berdepan risiko ditutup, jika hujan tidak turun dalam 68 hari, bermula semalam.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Kelantan, Kamal Mustapha berkata, ia berikutan empangan itu kehilangan air sebanyak 0.03m sehari kerana cuaca kering yang melanda Kelantan ketika ini.

“Setakat ini, paras air di Empangan Bukit Kwong adalah 13.9m berbanding paras kritikal 12.20m. Kita mempunyai air sehingga 1.7m lagi untuk digunakan bagi tujuan pertanian di empangan ini.

“Sekiranya tiada hujan dan trendnya menurun setiap hari selama 68 hari, tidak mustahil empangan ini akan berada di paras kritikal. Keadaan sekarang dianggap serius dan kita akan mengawal penggunaan air secara berhemah,” katanya selepas meninjau empangan itu semalam.

Kamal berkata, empangan itu menjadi nadi utama kepada 86 pesawah yang mengusahakan kawasan penanaman padi seluas 406.76 hektar membabitkan Kampung Bagus, Kok Pauh, Kubang Rambutan, Kok Batu, Guchil dan Telaga Mas.

Beliau berkata, proses penanaman padi sehingga dituai biasanya memerlukan 110 hari dan kini ia mencecah 60 hari.

Katanya, pesawah dapat menyelamatkan tanaman mereka jika mendapat bekalan air mencukupi dan pihak berkenaan perlu bijak mengatur jadual penanaman padi agar ia tidak merugikan mana-mana pihak.

“Selepas Mei, cuaca biasanya akan kembali normal dan empangan akan pulih. Keadaan ini sebenarnya tidak serius berbanding 2011 dan 2016.”

Berdasarkan rekod, kawasan tadahan Empangan Bukit Kwong ialah 11km persegi dan mampu menyimpan 14.3 juta meter padu air pada paras 17.20m.

All rights and copyright belongs to author:
Themes
ICO