Penasihat KAFC, Dr. Mohamad Ibariyah Iberahim berkata, majlis tersebut julung kali dianjurkan dan bertujuan meraikan anak-anak yatim di samping berkongsi kegembiraan bersama mereka di bulan Ramadan.

Katanya, biarpun sederhana, majlis itu berseri dengan senyuman yang terukir di wajah anak-anak yatim tersebut.

“Kita mahu meraikan mereka dengan cara istimewa, selain mahu kegembiraan yang kita ada ini dikongsi bersama dengan mereka yang benar-benar memerlukan.

“Pihak KAFC bercadang untuk menjadikan program ini sebagai aktiviti tahunan kelab,” katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut malam ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Madrasah Qiraati Ar-Rahmaniah, Ahmad Ashraff Jaafar. - UTUSAN ONLINE