Tiada laporan korban akibat kebakaran yang melanda sejak semalam.

Mengulas mesyuarat krisis yang diadakan hari ini, Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu mengucapkan terima kasih kepada pihak luar yang telah membantu menangani kebakaran itu.

Croatia, Cyprus, Greece dan Itali menghantar pesawat memadam kebakaran, manakala Mesir, satu daripada hanya dua kerajaan Arab yang telah menandatangani perjanjian damai dengan Israel, menghantar dua helikopter penyelamat.

Beberapa jalan raya di zon bahaya di tengah Israel masih ditutup kerana khuatir kebakaran akan merebak ekoran cuaca panas.

Suhu mencapai 40 darjah Celcius selama beberapa hari ini.

Pada tahun 2016, kebakaran hutan merosakkan atau memusnahkan kira-kira 700 rumah di Israel dan kawasan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat. – AFP