logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo
star Bookmark: Tag Tag Tag Tag Tag
Malaysia

Kegagalan PH wajarkan inisiatif kami, kata aktivis #UndiRosak

Aktivis #UndiRosak berkata, pengundi PH kini terpaksa berdepan kenyataan bahawa gabungan politik itu rapuh setelah membentuk kerajaan.

PETALING JAYA: Suara-suara yang meramalkan kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum akan datang memberi kelegaan kepada aktivis yang dikaitkan dengan satu gerakan awam yang menggesa pengundi merosakkan kertas undi mereka dalam pilihan raya lepas.

Dua orang aktivis #UndiRosak, Maryam Lee dan Hafidz Baharom memberitahu FMT bahawa mereka kini berasa terbela oleh cakap-cakap di media sosial dan sebagainya yang meramalkan PH akan menjadi kerajaan satu penggal kerana kegagalan menunaikan banyak janji yang dibuatnya.

Mereka berkata, banyak pihak yang sebelum ini menolak kempen tersebut sebelum ini, memberi tahu mereka secara diam-diam bahawa kempen #UndiRosak terbukti betul.

Menjelang pilihan raya umum tahun lepas, kumpulan berkenaan ditempelak sebagai tidak bertanggungjawab kerana menentang demokrasi. Penentang kumpulan itu termasuklah pemimpin PH dan Barisan Nasional (BN).

Maryam Lee turut mengalami gangguan seksual dan diancam secara fizikal.

Hafidz mengimbau satu forum yang menyaksikan beliau berkata bahawa PH belum bersedia untuk membentuk kerajaan.

“Tetapi orang ramai masih percayakan PH dan mengundinya,” kata beliau. “Sekarang mereka terpaksa berdepan dengan kenyataan bahawa gabungan politik itu rapuh apabila menjadi kerajaan.”

Bercakap mengenai golongan yang kini mengakui bahawa kempen #UndiRosak sebenarnya betul, beliau berkata, kebanyakan mereka mengeluh tentang kos hidup dan salah langkah kerajaan dalam banyak isu.

Katanya, jumlah undi rosak dalam beberapa pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini agak besar, tetapi pilihan raya negeri Sarawak yang bakal diadakan akan menyediakan ukuran lebih tepat mengenai trend tersebut.

“Pilihan raya umum akan datang akan menjadi pengukur sebenar kempen #UndiRosak,” katanya.

Dengan umur mengundi diturunkan kepada 18 tahun, Hafidz menjangka corak pengundian akan turut berubah.

“Tetapi saya tidak pasti bentuknya,” kata beliau.

All rights and copyright belongs to author:
Themes
ICO