Lebihan makanan juga berlaku apabila ada peniaga termasuk pihak hotel bertindak membuang juadah yang tidak terjual sekali gus berlakunya pembaziran.

Bagi mengelakkan perkara sedemikian, Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia (Gema) negeri Perak mengambil inisiatif melancarkan kempen [email protected] bagi mengumpulkan lebihan makanan daripada peniaga di bazar Ramadan.

Pengarah Projek, Ahmad Adlan Mohamed Khalidi berkata, kempen yang julung-julung kalinya itu dijalankan selama lima hari bermula Isnin lalu di Bazar Ramadan Medan Gopeng di sini.

Menurut beliau, kempen ini rentetan kejayaan program sama yang telah dijalankan di Lembah Klang sejak tiga tahun lalu bermula atas kesedaran perlunya pembaziran makanan dikurangkan pada bulan Ramadan.

Sepanjang kempen di sini kita dapat mengumpulkan kira-kira 240 kilogram makanan sehari yang kemudian dihantar kepada beberapa rumah kebajikan dan asnaf di sekitar Gunung Rapat di sini.

“Kita sangat bersyukur dan berterima kasih di atas sokongan para peniaga di bazar ini yang sama-sama membantu untuk mengurangkan pembaziran,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pada majlis pelancaran penutup kempen [email protected] di Bazar Ramadan Medan Gopeng yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar negeri Perak, Dr. Abdul Aziz Bari di sini hari ini.

Turut menjayakan kempen ini ialah lnstitut Penyelidikan dan Kemaiuan Pertanian Malaysia, Persatuan Peniaga Kecil Melayu Perkasa Perak, Pusat Aspirasi Anak Perak dan RunnerMyRun Food Delivery.

Tambah Ahmad Adlan, sambutan baik masyarakat terhadap kempen ini pihaknya merancang untuk menjayakan lagi [email protected] pada masa hadapan.

Katanya, kempen berkenaan turut digerakkan oleh 20 orang sukarelawan. - UTUSAN ONLINE