logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo
star Bookmark: Tag Tag Tag Tag Tag
Malaysia
An article was changed on the original website

Kerajaan gembira Lynas pindah pemprosesan awal bijih ke Australia, kata CEO

KUALA LUMPUR: Ketua eksekutif penghasil logam nadir bumi Australia, Lynas Corp hari ini berkata maklum balas kerajaan berhubung rancangannya untuk memindah keluar proses-proses awal bijih dari negara ini adalah mengalakkan.

Dalam rancangan pertumbuhan strategik untuk 2025 yang diterbitkan pada Selasa, Lynas berhasrat membina loji pemprosesan awal bijih di Australia Barat yang akan membantunya mengatasi haluan politik di Malaysia.

Lesen operasi loji pemprosesan Lynas di Malaysia, yang perlu diperbaharui pada September, terancam kerana kebimbangan mengenai pelupusan sisa.

“Maklum balasnya adalah kerajaan sangat gembira dengan apa yang kita sedang lihat dari segi mengalihkan ‘cracking’ dan ‘leaching’ (ke Australia),” kata Ketua Pegawai Eksekutif Amanda Lacaze kepada Reuters dalam temubual telefon, merujuk kepada proses yang terlibat dalam pengekstrakan bijih awalan.

Syarikat itu, satu-satunya pengeluar nadir bumi di luar China, pada Selasa berkata ia akan membelanjakan AS$500 juta (RM1.45 bilion) dalam satu rancangan untuk meningkatkan pengeluaran, menenangkan pengawal selia Malaysia, dan dalam masa sama membantu Lynas menangkis cubaan Australia Wesfarmers Ltd mengambil alihnya.

Rancangan pertumbuhan strategik itu bergantung kepada Lynas memperbaharui lesennya di Malaysia.

Amanda Lacaze.

Nadir bumi digunakan dalam semua barangan dari barangan elektronik kepada peralatan tentera. Ketika ketegangan perdagangan China-AS memuncak, kebimbangan bekalan nadir bumi akan terganggu juga bertambah.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada April berkata Lynas atau mana-mana syarikat lain perlu membersihkan bahan mentah yang masuk ke Malaysia jika mahu beroperasi di negara ini.

Lacaze berkata syarikat itu juga menyerahkan cadangan dengan 2 pilihan untuk membersihkan sisa semasa di Malaysia, yang memerlukan persetujuan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (Mestecc).

Lynas berkata ia boleh menggunakan semula sisa itu dengan memprosesnya menjadi penambahbaik tanah, serta meniympan sisa itu dalam satu kemudahan pelupusan kekal.

“Kita sudah melakukan kerja-kerja mengenal pasti bagaimana sisa itu boleh diguna semula,” kata Lacaze. “Kita sudah melakukan kerja-kerja mengenal pasti bagaimana dan di mana kita boleh bina kemudahan pelupusan kekal.”

Mestecc belum menjawab permintaan untuk mendapatkan komen mengenai rancangan pengembangan Lynas minggu ini.

All rights and copyright belongs to author:
Themes
ICO