logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo
star Bookmark: Tag Tag Tag Tag Tag
Malaysia

Kereta terbang atau tidak bergantung pada undang-undang, kata Redzuan

Redzuan Yusof ketika berucap di pelancaran bazar jualan harga patut di Kompleks Chempaka hari ini.

PUTRAJAYA: Menteri Mohd Redzuan Yusof optimis prototaip kereta terbang boleh siap hujung tahun ini ketika ditanya mengenai perkembangan terkini projek pemangkin teknologi itu.

“Sama ada terbang atau tidak terpulang pada undang-undang untuk membenarkannya atau tidak,” katanya ketika ditemui di pelancaran bazar jualan harga patut 2019 anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan hari ini.

Redzuan berkata walaupun pembangkang mencemuh projek tersebut, idea kereta terbang itu sudah mula difahami masyarakat, terutamanya generasi yang masih bersekolah.

“Jika pembangkang nak jadikan bahan lawak itu mentaliti mereka. Kita kena terima hakikat,” katanya.

Redzuan berkata apa yang penting kerajaan perlu memikirkan perancangan masa depan kerana inovasi zaman ini berkembang sangat cepat.

“Kita selalu tertinggal ke belakang,” katanya.

Redzuan pada Mac dilapor berkata projek kereta terbang itu akan dipacu teknologi tempatan dan prototaipnya dijangka diperkenalkan tahun ini.

Beliau percaya pembangunan kereta terbang itu bakal menarik pelaburan luar dan membuka lebih banyak peluang khususnya dalam bidang kejuruteraan.

Ditanya mengenai perkembangan terkini projek kereta nasional ke-3, Redzuan berkata agenda itu di peringkat akhir dan sedang dibincangkan dengan rakan strategik.

“Kita serahkan pada perdana menteri untuk membuat pengumuman,” katanya.

Mengenai program bazar jualan harga patut hari ini, Redzuan berkata ia untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat dan membuka peluang kepada usahawan menjelang sambutan Aidilfitri.

Bazar harga patut ini berlangsung selama 3 hari dari 24 hingga 26 Mei di Kompleks Perbadanan Putrajaya.

Menawarkan 50 barangan asas seperti tepung, beras, gula, minyak masak dan ayam pada harga patut, Kementerian menjangkakan jumlah jualan mencecah RM500,000 melalui program ini.

“Harga ditawarkan lebih murah berbanding harga pasaran iaitu dengan diskaun sebanyak 20% hingga 30%,” katanya.

All rights and copyright belongs to author:
Themes
ICO