Kerjaya Prospek dalam satu kenyataan hari ini berkata kerja pembinaan itu akan terdiri daripada satu blok pangsapuri 27 tingkat dan satu blok pangsapuri 34 tingkat di atas tempat letak kereta podium sembilan tingkat.

“Kontrak itu akan bermula pada 1 Julai, 2019, dan siap dalam tempoh 36 bulan daripada tarikh permulaan pembinaan,” kata syarikat itu.

Syarikat pembinaan tersebut berkata ia adalah kontrak keempat kumpulan pada 2019, menjadikan nilai kontraknya setakat tahun ini berjumlah RM1.1 bilion, hampir memenuhi sasaran dalaman syarikat sebanyak RM1.2 bilion bagi tahun ini.

Ketika ini, Kerjaya Prospek memiliki nilai perolehan kontrak berjumlah RM3.5 bilion. -BERNAMA