Malaysia

Kes Covid-19 bertambah 8 orang di Singapura

Semua pesakit baru di Singapura dikaitkan dengan kes sebelum ini. (Gambar AP)

SINGAPURA: Singapura hari ini melaporkan berlaku peningkatan besar kes Covid-19, dengan 8 kes pesakit baru dijangkiti virus itu, menjadikan jumlah terkini 58 orang, kata Kementerian Kesihatan.

Semua pesakit baru dikaitkan dengan kes sebelum ini, kata kementerian itu.

Daripada 58 kes yang disahkan itu, 15 telah pulih dan dibenarkan keluar hospital manakala 7 lagi berada dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan intensif, katanya.