logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo
star Bookmark: Tag Tag Tag Tag Tag
Malaysia

Ketua PPBM Johor umum barisan kepimpinan negeri baru

Mazlan Bujang. (Gambar Facebook)

JOHOR BAHRU: Ketua PPBM Tebrau, Mazlan Bujang hari ini memulakan tugas secara rasmi sebagai pengerusi PPBM Johor yang baru.

Mazlan yang ditemui pemberita di Pejabat PPBM Tebrau di Taman Daya berterima kasih kepada Pengerusi Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Muhyiddin Yassin atas kepercayaan yang diberikan.

“Saya berjanji akan berusaha sedaya upaya untuk memperkukuhkan PPBM Johor, supaya berada di landasan terbaik,” katanya. Beliau memulakan tugas rasmi berkuatkuasa hari ini walaupun dilantik menjadi pengerusi pada 24 April lepas.

Mazlan berkata selaras dengan peruntukan 16.3 perlembagaan parti, beliau melantik Adun Tenang, Mohd Solihan Badri sebagai setiausaha PPBM Johor yang baru menggantikan Dr Sahruddin Jamal. Solihan sebelum ini pengarah media PPBM Johor.

Adun Larkin, Mohd Izhar Ahmad dilantik sebagai bendahari PPBM Johor, Ketua PPBM Pulai, Ya’cob Atan dilantik sebagai ketua penerangan, manakala ketua PPBM Sekijang, Uzzair Ismail sebagai pengarah media.

Jawatan timbalan pengerusi PPBM Johor kekal disandang Ketua PPBM Iskandar Puteri, Senator Nasir Hashim selaras peruntukan fasal 16.2 perlembagaan parti.

Menurut Mazlan, beliau ada menawarkan kepada Dr Sahruddin, yang juga menteri besar Johor, supaya kekal menyandang jawatan setiausaha.

“Namun, saya dimaklumkan menerusi Solihan bahawa Dr Sahruddin menolak jawatan berkenaan demi menumpukan kepada pentadbiran kerajaan negeri.

“Tetapi, dalam mesyuarat PPBM negeri, kita akan jemput beliau untuk turut hadir nanti,” katanya.

Mazlan berkata beliau akan menumpukan usaha terhadap pengukuhan perpaduan parti, menguatkan sokongan akar umbi serta menarik lebih ramai keahlian baru bagi meningkatkan jumlah ahli parti di negeri itu, yang seramai 29,942 orang setakat Disember lepas.

All rights and copyright belongs to author:
Themes
ICO