Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Tawakkal, Muhammad Badri Hussin berkata, usaha dilakukan pihaknya selepas melihat kejayaan berterusan yang diraih atlet paralimpik di peringkat antarabangsa.

“KPJ Tawakkal sentiasa bersama rakyat untuk menyokong dan ingin menyumbang kepada kecemerlangan sukan paralimpik negara ini.

“Kami berharap hasil kutipan dana yang diperoleh daripada pertandingan itu dapat membantu persatuan tersebut membeli peralatan keperluan untuk kegunaan atlet paralimpik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pertandingan tersebut diadakan di IOI Resort City Putrajaya ahad lalu seiring dengan sambutan ulang tahun KPJ Tawakkal yang ke-35 pada tahun ini.

Muhammad Badri menambah, sempena ulang tahun hospital itu, KPJ Tawakkal memperkenal satu inisiatif baharu iaitu pakej ‘Special 35’ kepada orang ramai.

“Pakej itu terdiri daripada lima inisiatif utama antaranya 35 jenis ujian darah, 35 peratus diskaun melalui pakej pemeriksaan khas, tambahan 35 peratus diskaun bagi pakej fisio selepas pembedahan dan bilik percuma bagi ibu berusia 35 tahun,” katanya.-UTUSAN ONLINE