Dalam video berkenaan, Lingard, 27, berkongsi gambar dalam sebuah bilik hotel yang bersepah di Miami, di mana dia dan rakan-rakannya sedang bercuti dan bergembira.

Pemain itu beberapa kali menjerit dan mengeluarkan kata-kata kesat dalam keadaan tidak terurus manakala rakannya yang berada di atas katil menunjukkan isyarat lucah, sambil berkata mereka telah melihat banyak perkara ‘buruk’ sepanjang percutian itu.

Bekas pengurus Queen Park Rangers (QPR) yang juga pengulas sukan, Ian Holloway percaya, United perlu mengambil tindakan terhadap Lingard kerana menganggap perbuatannya telah memalukan kelab.

Penyokong juga membajiri ruangan komen dalam media sosial dengan cemuhan kerana menganggap sebagai bintang bola sepak, Lingard sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada pemain muda.

“Pada saya ia tidak boleh diterima.

“Apakah saya akan mengambil tindakan disiplin? Mungkin lebih daripada itu. Letak namanya dalam senarai perpindahan.

“Pada saya, mereka tidak boleh toleh ke belakang. Ini masalah besar.

“Kamu adalah pemain bola sepak profesional, mewakili kelab anda dalam kehidupan seharian. Apa sahaja tindakan yang hendak dilakukan, anda kena ingat perkara itu...kepentingan kelab harus didahukukan,” kata Holloway kepada talkSPORT. - AGENSI